Kantoi Curi Rantai Emas, Keluarga Mangsa Terakam Bukti Kejadian

0



Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Tak sangka rakaman video keluarga di Jom Heboh Shah Alam menjadi bukti kejadian kecurian rantai emas pada anak sendiri.

Itu yang berlaku kepada pemilik akaun Tiktok _Cheykaa apabila dia berjaya merakam kegiatan tidak bermoral tersebut.

Video berdurasi 17 saat itu jelas memaparkan 2 wanita bertudung labuh mencuri rantai leher seorang kanak-kanak.

Menurut Cheykaa, anak buahnya memakai hitam dan salah seorang wanita memotong rantai tersebut dan terus menghilang.
 

Memang pantas ye pencuri tu ragut emas anak kecil tu. Nasib baik memang kebetulan sangat keluarga mangsa berjaya rakam.

  

Ramai nak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Alhamdulillah, pencuri tersebut telah ditangkap dan Cheykaa sendiri ada berkongsikan perkembangan terkini kejadian tersebut.

@_cheykaa Membalas kepada @NaylaCopia ♬ original sound - ♡ 〽️乇 𝓛 ♡

Wanita tersebut telah ditangkap namun rantai emas tersebut masih hilang.

"tak mengaku dia ambik , putar belit cerita habis , rantai dia dah past dekat mak dia dalam beg takda rantai .. sampai kebalai mak dia takdatang jugak .. call semua tak angkat .. kes dalam proses lagi..doakan anak buah saya masih ada rezeki "
@_cheykaa Replying to @Nabilaa_🧚🏻‍♀️ ♬ Ngakak - Mas Gombal

"ENDING takdapat rantai taktahu dia past dekat siapa , tapi peragut dah ke lokap , masih dalam siasatan rantai dia past dekat siapa . doa yang baik baik 🤲🏻"

Bahaya betul sekarang, dekat ramai orang pon berani dia buat kerja macam tu.

Tak pasal-pasal masuk lokap kan. Apa pun, kita harap semuanya dipermudahkan buat keluarga mangsa





Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)