Cara Keluarkan Duit Dari KWSP Untuk Bantuan COVID-19 (Permohonan i-Lestari Secara Online)

2




🔥

🔥

TERKINI APRIL 2020 : Cara Permohonon i-Lestari Tanpa Perlu Daftar i-Akaun (KLIK SINI)

Macam mana nak keluarkan duit dari KWSP Akaun 2 untuk Bantuan COVID-19 (i-Lestari)?

Mula-mula sekali korang kena memohon dulu di i-Akaun KWSP masing-masing. Pastikan korang dah daftar i-Akaun KWSP, kalau belum boleh check link ini untuk pendaftaran : Daftar i-Akaun KWSP

Pemohonan pengeluaran i-Lestari ni boleh dibuat melalui 3 kaedah iaitu :

1. Secara online melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun

2. Secara e-mail yang dihantar ke ilestarimohon@epf.gov.my

3. Secara hantaran pos/kurier ke : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya.

Nota : Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat

Sebenarnya lagi bagus kalau korang buat secara online sebab kalau guna kaedah 2 dan 3 memang ambil masa lama untuk proses.


Cara-cara membuat permohonan i-Lestari secara online

Jadi, Iday nak kongsikan pada korang cara-cara membuat permohonan i-Lestari secara online.

1. Pergi ke laman web KWSP (kwsp.gov.my) dan daftar masuk i-Akaun (Member). Masukkan User ID dan password.


2. Bila dah daftar masuk, korang akan nampak paparan i-Akaun Summary. Kemudian tekan option WITHDRAWAL (kedudukan seperti gambar di bawah)


3. Tekan NEW APPLICATION


4. Pada Withdrawal Type, korang pilih i-Lestari


5. Paparan borang permohonan akan keluar, korang boleh isi dekat bahagian Applied Amount jumlah duit yang nak dikeluarkan. Paling minimum RM50 dan maximum RM500 sebulan



6. Pilih jenis bank dan masukkan no akaun. Pastikan itu no akaun bank milik pemohon ye. Kemudian tekan butang NEXT


7. Kemaskini maklumat peribadi jika perlu dan periksa bahagian Withdrawal Information tu sama ada betul ke nilai yang korang nak masukkan tu.




8. Dekat bahagian Declaration, korang kena tick dekat check box. Nanti akan popup Declarition Term and Condition, korang cuma tekan AGREE




9. Klik Request TAC dan bila dah dapat TAC boleh isi di bahagian TAC No.


10. Tekan SUBMIT dan siap!



Nanti korang boleh print untuk rujukan masa akan datang.


Iday memang nak mohon i-Lestari ni sebab bila di fikir balik macam Iday keluarkan Dividen KWSP yang Iday dapat  hari tu dan bukan duit yang Iday carum setiap bulan.

Contoh kiraan macam ni :

RM500 x 6 bulan = RM3000

Nilai dividen yang Iday dapat hari tu pon melebihi RM3000. Jadi Ida rasa okay je keluarkan duit KWSP tu, tak rasa macam guna duit sendiri hahaha

Sebenarnya Iday keluarkan sebab nak simpan duit tu secara cash. Kita tak dapat jangka ekonomi akan datang macam mana akibat COVID-19 ni, kena ada saving di bank dan juga secara tunai.

So, Iday harap korang faham cara nak memohon i-Lestari secara online seperti yang Iday tunjukkan langkah demi langkah di atas.

Kalau tak faham boleh tinggalkan mesej di Facebook Sayaiday di bawah, jangan lupa like ye! :





Tags

Post a Comment

2Comments
  1. Kalau acc 2 ada rm3200 shja tapi saya nak buat pengeluaran i lestari rm500 . Tapi saya nak set 6 bulan shja . Sebab nak ikut yg kerajaan bagi 12 bulan . Baki x cukup . Boleh ke set 6 bulan sahaja ?

    ReplyDelete
Post a Comment