Header Ads

Beli Samsung Smart TV Hasil Duit Youtube



Seronok sebenarnya bila kita dapat apa kita nak dengan hasil usaha penat kita. 

Ceritanya, Iday dan Islam berpindah ke Kedah pada bulan Ogos tahun lepas. Pada awalnya memang tak rancang nak beli TV sebab masing-masing jarang tengok TV. Tengok movie atau drama pon dekat iMac.

Tapi since iMac tu dah selalu guna untuk video editing, client punya project dan kerja-kerja freelance, terpaksa layan movie atau drama dekat phone. Then, kitorang pon dah start luang masa dekat ruang tamu dan baring-baring dekat situ. 

Bila tengok ruang tamu tu macam kosong je, terus decide dengan Islam nak beli TV tapi guna duit tabung Youtube. Selalunya kalau dapat duit gaji Youtube memang simpan asing tak campur saving lain dan duit dapur. 

So, Ida start la survey TV apa yang best dan banyak review best. Akhirnya Iday dah decide nak beli Samsung Smart TV - RU4700. Iday terus beli smart tv sebab tak nak pakai android box. 

Iday pilih jenama Samsung sebab Ida guna phone Samsung, so nak guna Samsung Dex. Kalau yang guna Samsung mesti tahu apa itu Samsung Dex. Lagi satu sebab Iday pilih RU7400, Smart TV ni ada voice assistant Bixby - voice command. Mengada kan haha

Lepas dah decide jenama tv, terus pergi survey dekat kedai. Iday taknak ambil risiko beli online walaupon sebelum ni pernah je beli barang-barang besar melalui online. 

Mula-mula Iday pergi Seng Heng, tapi RU7400 hanya ada satu size iaitu 50'. Iday memang nak beli yang 55'. Kalau 60' macam besar sangat. 

So, Iday pergi kedai yang Ida dah beli peti ais sebelum ni. Akhirnya dapatlah beli Samsung Smart TV RU7400 55', harga pon memang lingkungan budget kitorang. Iday ambil warranty selama 5 tahun.

Masa RU7400 tu sampai dekat rumah, sempat la Iday rekod video dan upload dekat Youtube. Korang boleh tengok video penuh di bawah.


Seronok tengok Islam excited dengan TV tu. 

Setakat ni memang puas hati la tengok, gambar pon lawa sebab ada Dynamic Crystal Color dan size pon besar dan jenis yang slim.


Itu je la nak share, terima kasih pada mereka yang support kitorang dan subscribe Youtube Channel Sayaiday.

Jemput la tengok channel kitorang, sekarang ni memang Islam tengah aktif upload content dia hehe 


bye!


Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


2 ulasan

Warisan Petani berkata...

Alhamdulillah
Tentu seronok dapat ngadap tv baru

Cik Nor berkata...

bestnya ida..ada gak dr youtube..:)