Header Ads

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api





Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Paling Mudah Dan Sedap
| Hi & Assalamualaikum!

Ini antara masakan kegemaran Ida, paling mudah sebab tak perlu banyak bahan. Boleh tukar bahan utama sama ada nak guna ketam, udang, lala atau siput sedut. 

Bahan-bahan yang diperlukan :

3 ekor ketam
1 genggam ikan bilis
1 inci kunyit hidup
6 biji cili padi - boleh letak lebih kalau suka pedas
asam keping
sehelai daun kunyit
1 batang serai
sedikit air
garam gula secukup rasa


Cara penyediaan (boleh tengok video atau resepi bertulis di bawah) :


1. Kisar halus ikan bilis, kunyit hidup dan cili padi. Nak lagi sedap, boleh tumbuk dengan lesung batu.

2. Panaskan minyak dan tumis serai sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan kisar tadi dan santan.

4. Bila mendidih masukkan ketam, asam keping dan daun kunyit. 

5. Boleh masukkan air kalau suka kuah lebih. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Bila ketam masak, siap untuk dihidang.

Senang kan cara nak masak ketam masak lemak cili api ni. Lagi sedap makan dengan nasi panas dan telur mata.

Selamat mencuba!


Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


Tiada ulasan