Header Ads

Beli Cermin Dinding Besar Dan Murah Untuk Dekorasi Rumah




Kalau benda bagus dan murah, mestilah kena share kan? Jadi, artikel kali ini Iday kongsikan pengalaman dan review Iday beli cermin dinding besar dan murah. 

Sebelum ni Iday memang dah decide nak ada cermin besar dan letak dekat rumah, dekat dengan pintu masuk. Ala-ala hallway la, nak keluar rumah singgah tengok cermin dulu hehehe 

Iday pernah beli cermin bulat besar dari IKEA, agak mahal la tapi sebab nak sangat cermin tu, Iday  beli jugak. 


Tak silap Iday, harga cermin tu dalam RM300 lebih. hahaha melampau kan harga.

Then Iday beli cermin panjang 5 x 2 kaki (saiz main agak) dari SSF dengan harga RM190. 


Masa tu Iday ingat dah murah sangat la. Tapi hakikatnya ada lagi murah. 

Ceritanya, bila tengok Pinterest, ada nampak deco rumah dengan cermin besar. Lawa-lawa pulak tu siap ada plant lagi. Ini antara deko cermin plant yang Iday suka :





Elok kan deko macam ni. Lawa sangat. Kalau ada anak-anak kecil, elok attach dengan dinding tu. Risau jugak kan. 

Kalau yang belum ada anak macam Iday ni, boleh sandar je kat situ hehehe

So, nak jadikan cerita. Iday search la dekat FB "cermin besar sungai petani", sekali ada yang jual dengan saiz gile besar 6x3 kaki tetapi harga MasyaAllah lagi murah dari SSF.

Rasa macam menyesal pulak beli dekat SSF hari tu hahaha Tapi takpe, cermin tu boleh letak dalam bilik.

Bila dah jumpa cermin yang Iday nak, bingkai warna gelap dan saiz besar terus beli dengan seller tu. Baca review memang seller yang boleh dipercayai. 

Iday start whatsapp 21 June dan seller tu cakap hujung bulan baru cermin sampai. Kalau nak kena bayar deposit dulu. So, Iday bayar deposit dan betul2 30 Jun Iday dapat cermin tu, seller hantar sampai rumah.

So, memang smooth je la urusan jual beli takde ape masalah. Memang recommend sangat seller ni.

Ini cermin yang Iday dapat, okay tak? 


Lepas tu dah jadi tempat wajib ambil gambar hahaha 



So, kalau korang berminat Iday ada tinggalkan link Instagram dan no whatsapp diorang. Tapi awal-awal Iday cakap, diorang ni hanya buat penghantaran ke kawasan di Kedah, Perak dan Penang sahaja.

Tapi kalau korang ada jual cermin besar kawasan lain seperti KL, boleh komen di bawah atau DM dekat instagram Iday di intagram.com/sayaidaydotcom. Nanti Iday akan letakkan dalam  senarai kedai di bawah. 

Senarai IGShop atau Kedai Online Jual Cermin Dinding Besar Dan Murah

Cermin Dinding Besaq (Kedah, Perak dan Penang) : instagram.com/cermin_dinding_besaq


Okay tak kalau ada cermin besar dekat rumah? Apa komen korang?



Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


1 ulasan

Miraa Hussin berkata...

Cantiknya cermin-cermin tu semua. Ada terfikir jugak nak beli satu. Tapi belum beli-beli lagi. Hahaha.