Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita kanak-kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kereta bapanya. Difahamkan yang mangsa berada dalam kereta itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan. 

Takziah Iday ucapkan buat keluarga mangsa.

Tadi Iday ada ternampak satu perkongsian di Twitter yang kita boleh guna fungsi dalam Waze bagi mengelakkan kejadian lupa atau tertinggal anak di dalam kereta. 

Terima kasih Iday ucapkan atas perkongsian tu.


Jadi, Iday nak kongsikan cara-cara untuk setting fungsi "Child Reminder" dalam Waze.


1. Mula-mula pilih butang "Search" atau 

🔍


2. Kemudian pilih "Setting" atau ⚙️


3. Pilih menu "Reminders"

4. Pilih "Child Reminder"


5. Klik butang tersebut untuk aktifkan fungsi "Child Reminder". Jadi bila korang sampai ke destinasi, akan dapat peringatan yang ada anak didalam kereta.

6. Korang juga boleh tulis mesej yang akan keluar. Contohnya seperti dibawah:





Jadi Iday harap fungsi Waze ini boleh membantu ibu bapa diluar sana. Tapi ingat, tips ini hanya berguna pada mereka yang menggunakan aplikasi Waze.

Mungkin ada cara lain yang lebih berkesan, korang boleh komen dibawah.