New Video On Youtube.com/Sayaiday

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah Dan Cepat




Hi Korang, 

Artikel resepi kali ini Iday nak kongsi cara memasak Ayam Masak Merah. Jujur, ini menu paling banyak kali Iday masak sebab mudah dan cepat. Hehehe




Sebenarnya resepi ayam masak merah ni ada macam-macam versi, ada yang letak 3 sekawan, ada yang letak sos cili banyak-banyak dan ada juga yang letak santan. Tapi Iday paling suka jenis ini, jenis paling simple. Hehehe 

Korang boleh follow step dari video ini atau penerangan resepi berserta gambar di bawah. 

So, selamat mencuba dan kalau tak faham tentang resepi ini, boleh komen di ruangan komen di bawah ye :)




Bahan-Bahan Yang Diperlukan

→ 6 ketul ayam 
→ 2 biji cili besar - dihiris
 3 sudu makan sos cili 
 2 sudu makan kicap manis
 1 sudu makan sos tiram 
 1/2 labu bawang besar - hiris bulat
 1/2 cawan air
 1 tomato (dipotong 4)
 1 asam keping
 1 sudu serbuk kunyit
 sedikit garam
 sedikit gula
→ minyak secukupnya


Bahan Kisar

 1 ulas bawang besar 
 3 ulas bawang putih 
→  2 inci halia 
→ 1/4 gengam ikan bilis




Bahan Tumis

 Bahan Kisar
 2 sudu cili kisar
 1 batang serai
Cara-cara memasak Ayam Paprik

1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunnyit dan garam.




2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan tuskan.



3. Gunakan minyak yang sama (kurangkan kalau terlalu banyak) bagi menumis serai, bahan kisar dan cili kisar.







4. Masukkan gula. Kacau sebentar. 



5. Masukkan asam keping, kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Boleh masukkan garam. Kacau rata.

6. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biar kuah melekat pada ayam. Biarkan seketika



7. Masukkan air dan biar sehingga mendidih.



7. Masukkan tomato, bawang yang dihiris bulat dan cili besar.



9. Angkat dan boleh hidang bila kuah dah pekat dan ayam dah masak. 





Senang je kan masak Ayam Masak Merah . Korang boleh makan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng kosong. Ada telur dadar pon sedap ni. Hehehe



Oh, korang boleh check resepi lain di blog Iday dengan klik gambar di bawah :)



Selamat mencuba! 

2 comments:

  1. Antara menu yg kerap kak shaz masak d rumah..sbb husband punya fav... hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya.. mcm ayam masak merah kita masak jenis letak santan..

    ReplyDelete