Ibu Kecewa Program Panggung Karoot Astro Yang Ditonton Anak Banyak Lawak Tidak Sopan

0


Sebenarnya isu lawak yang diselingan dengan perkara lucah ni banyak kali dijadikan isu. Memang ramai penonton yang kurang senang kerana program tersebut turut ditonton seisi keluarga terutama oleh golongan kanak-kanak bawah umur.

Dan banyak kali pelawak-pelawak ini ditegur, bukan saja di media sosial tetapi turut dinasihatkan oleh beberapa juri program antaranya Afdlin Shauki dan Awie. 

Pada 15 Januari lepas, seorang ibu yang juga pelanggan Astro, Puan Nor AshikiMs meluahkan kekecewaanya menerusi satu entri di akaun Facebook miliknya. 

"Posting" tersebut mendapat lebih 2 ribu komen dan lebih 7 ribu perkongsian yang rata-rata setuju dengan apa yang diluahkan oleh  Puan Nor AshikiMs .



"sebelum buat recording korang tak ada rehearsal ke"

Malaysia ni dah tak ada modal lawak ke?

Aku tinggal anak aku di rumah, keluar bekerja. Aku tak bagi anak main gajet sejak dari bayi lagi. Lebih banyak kebaikan kalau dia tak main gajet.

Tapi apa durjana stesen televisyen di Malaysia ni. Semua rancangan lawak buat lawak lucah! 

Panggung Karut Astro Astro Warna sebelum buat recording korang tak ada rehearsal ke? Tak review content ke? 

Dikir barat yang diselitkan dalam rancangan ni dah bagus dah.

Tapi sayang seribu kali sayang. Lawak bodoh dan lucah.


“boyfriend ni kaya, ada rumah besar, kereta besar, semua besar-besar.”

Dalam cerita lawak ni si anak dara kena tangkap berkhalwat dengan boyfriend. Orang selongkar beg si anak dara terjumpa tisu terpakai. Ada dialog, “ni mesti dah buat lap.”

Anak aku umur sepuluh tahun tanya, “lap apa mummy?”. 

Lepas beberapa dialog yang aku dah panas dengar, dia beritahu ayahnya, “boyfriend ni kaya, ada rumah besar, kereta besar, semua besar-besar.”

Anak aku tanya, “kenapa semua orang ketawa bila dia cakap semua besar-besar?”

Selama hari ini aku tak pernah keluarkan bahasa kesat apabila buat posting. Tapi hari ini, tak ada kompromi!


"Sampah macam ni masuk televisyen?"

@astrowarna, penerbit rancangan, produser, penulis skrip semua tak senonoh! Merosakkan jiwa anak-anak. Kalau dulu aku takut dengan stesen televisyen antarabangsa. Sekarang ni aku pangkah stesen televisyen tempatan.

Nak sokong produk tempatan tapi produk tempatan sampah! Sampah macam ni masuk televisyen?

Pelakon-pelakon pun bodoh, masa kau dapat skrip atau rehearsal kau tak komen ke skrip yang kau kena lakonkan? Kau tak ada harga diri ke lakonkan skrip murahan macam ni? Kau tak ada ayah/mak/ahli keluarga/anak yang akan tengok lawak lucah kau ni ke?

Mana Kementerian Komunikasi Dan Multimedia? Untuk perhatian dan tindakan YB Saifuddin Abdullah. Semakin teruk rancangan televisyen sekarang. 

Mana Rozaidi Jamil aka Zed Zaidi Presiden Seniman? Takkan tak ada pemantauan dan menjaga value artis sampai boleh lakonkan sesuatu yang murahan macam ni?

Ya aku memang marah sekarang! 


Tambah Puan Nor AshikinMs, dia tidak mahu "terminate" Astro kerana mengganggap itu adalah melarikan diri dari masalah. 

Dan dengan rasa bertanggungjawab dia meminta rakyat Malaysia terus memberi komen atau membuat laporan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya ambil tindakan atas isu ini. 

"Posting" tersebut akhirnya mendapat perhatian dari wakil Astro yang juga ahli CFM MCMC (Consumer Forum of Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia).

Atas aduan tersebut terhadap satu episod di dalam Panggung Karut, episod itu telah dikeluarkan dari mana-mana tayangan untuk siaran mana-mana saluran Astro.


Bagi Iday memang patut pon aduan tu dibuat, kalau boleh melalui sosial media supaya isu ini diambil serius. Katanya program untuk seisi keluarga tapi isi program pula tidak bersesuaian untuk anak-anak. 

Harap lepas ni Astro boleh ambil tindakan bukan sahaja program dengan lawak lucah tetapi kepada pelawak atau pengacara yang sering keluar kenyataan yang berunsur "body shaming".

Korang setuju tak? Apa pandangan korang?


kredit : Facebook Post Nor AshikinMs








Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)