Menarik Betul Rumah Kucing Ni, Pemilik Habiskan Hampir RM10 Ribu

1


Wah menarik betul rumah kucing ni. Ini tak payah keluar, duduk dalam rumah dan seronok dapat rasa angin luar. 

Ini yang dilakukan oleh pencinta kucing dari Nakhon Pathom, Bangkok ini apabila membina rumah kucing di tingkap atas rumahnya. 

Sasamon Sophin berkongsikan rumah kucing miliknya di Facebook Group Pencinta Kucing dan post tersebut mendapat lebih 20 ribu perkongsian di Facebook.

Menurut Sasamon, dia membina rumah kucing tersebut kerana kucing sering keluar dari rumah. Oleh kerana risaukan keselamatan kucingnya, dia sanggup melaburkan duit membina rumah kucing tersebut.

Ada yang tanya, bagaimana kalau hujan? Sasamon memberitahu kucingnya akan masuk ke rumah jika hujan. Tambah Sasamon, Setiap pintu di rumah ini mempunyai lubang untuk kucing keluar masuk.

Kos untuk membuat rumah kucing ini hampir RM 10,000. Sasamon ada juga membina rumah kucing di belakang rumah tetapi tidak pasti berapa kos pembinaanya.

Paling penting rumah Sasamon memang sentiasa bersih, lagi-lagi apabila membela kucing yang banyak.

Cantik kan rumah kucing ni? Diorang pon takkan rasa terkurung sangat.









Dekat Malaysia ni ada tak yang buat lebih kurang sama macam ni? Cuba share di ruangan komen di bawah.

Kredit : Facebook Sasamon Sophin


Post a Comment

1Comments
  1. Sayangnya rumah kucing ni akan dimasuki air bila hujan sebab bumbungnya takde extra di luar.

    ReplyDelete
Post a Comment