Jujurnya selama ini selalu ingat yang Ikan Salmon lagi berkhasiat dari Ikan Kembung. Ye la kalau ikut harga, Ikan Kembung ni memang jauh lagi murah dari Ikan Salmon. 

Dan selalu disebut yang Ikan Salmon mempunyai Omega-3 yang tinggi. Tetapi hakikatnya Ikan Kembung lagi tinggi kandungan Omega-3 dari Ikan Salmon. 

Omega-3 sangat berguna sebagai sumber yang baik untuk membantu perkembangan sel serta perkembangan fungsi otak dan saraf. 

Bukan sahaja Omega-3, Ikan kembung juga mengandung protein, kalsium, zat besi, fosfor, vitamin A, B1, D, E fosfor, dan vitamin C yang baik untuk tubuh anak kecil.


Perbandingan khasiat untuk 100gram ikan kembung vs ikan salmon

Tadi Iday ada nampak satu infografi yang dikongsikan oleh Tanya Dr Syid di Facebook.

Ini adalah perbandingan untuk 100gram ikan kembung vs ikan salmon. 


Menurut Dr Syid, kalau nak dapatkan Omega-3 tidak perlu makan Ikan Salmon setiap hari, cukupla makan ikan kembung 2-3 kali seminggu. 



"Bimbang harga ikan kembung naik"

'Posting' Dr Syid mendapat lebih 5 ribu perkongsian di Facebook, sampai ada yang risau kalau harga Ikan Kembung mula naik gara-gara ramai yang mula makan ikan tersebut.



Tapi kalau nak diikutkan selera Iday, Ikan Kembung lagi sedap dari Ikan Salmon. Dan Ikan Salmon ni macam ada rasa hanyir kalau orang macam Iday ni tak pandai masak. Setakat ni selalu makan dekat restoran Jepun je. 

Dan sebagai pemilik tekak Melayu, banyak resepi Ikan Kembung yang Iday boleh buat antaranya Ikan Singgang. Kalau korang nak cuba, boleh cuba Resepi Ikan Singgang, gantikan ikan tongkol dengan Ikan Kembong >> Resepi Ikan Singgang Mudah dan Cepat

Jadi mana korang lagi suka, Ikan Kembung atau Ikan Salmon?