Senarai Perkahwinan Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2021

5



Walaupon Malaysia dilanda pandemik Covid-19, ramai artis Malaysia mendirikan rumah tangga samaada melalui atas talian atau majlis dengan SOP yang ketat.

Ada juga yang beberapa kali terpaksa menangguh pernikahan kerana PKP.

Jom kita tengok senarai Artis Malaysia yang berkahwin sepanjang tahun 2021. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa. 


1. Ayda Jebat dan Nabil Mahir

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. 


Mereka sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Ayda menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas. Jumlah hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Sekitar November 2019, Nabil dan Ayda mengaku yang mereka sedang bercinta. Mereka  kemudiannya mengikat tali pertunangan secara talian pada 28 April 2020.

Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat dilahirkan pada 17 Mac 1992 berusia 29 tahun pada tahun ini.

Manakala Nabil Mahir dilahirkan pada 28 April 1988 dan memasuki usia 33 tahun pada tahun ini. 


2. Nafiz Muaz dan Diyana Omar

Pada 2 Januari 2021, pelakon Nafiz Muaz sah bergelar suami kepada ahli perniagaan Diyana Omar, 29 tahun.

Pasangan ini saling mengenali sejak tiga tahun lalu . Kalau nak tahu isteri Nafiz sebenarnya adik bongsu kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Nafiz menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000 dan mas kahwin RM1001. 

Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir dilahirkan pada 22 Disember 1998 dan tahun ini memasuki usia 23 tahun.


3. Sharifah Aryana dan Jad Hanif Jimmy

Dengan sekali lafaz, pelakon yang popular dengan watak Orked dalam filem Mukhsin sah bergelar isteri kepada Jad Hanif Jimmy dalam majlis pernikahan serba ringkas pada 15 Januari 2021.

Sharifah Aryana atau lebih dikenali sebagai Yana diwalikan sendiri oleh bapanya Syed Zainal Rashid dengan disaksikan secara atas talian oleh Imam Ustaz Mohd Khairil Nizam. 

Majlis tersebut turut dilakukan secara atas talian bersama ahli keluarga suami Yana, Jad di Kuching, Sarawak, ahli keluarga yang lain dan rakan rapat. 

Sharifah Aryana dan suaminya Jad Hanif sudah lebih 4 tahun menjalinkan hubungan cinta dan sebelum ini mereka telah bertunang pada 2 Mac 2019.

Yana merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar. Adik-beradiknya termasuk Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Alesya. 

Sekadar info, Sharifah Aryana dilahirkan pada 21 April 1995 dan tahun ini memasuki usia 26 tahun.


4. Intan Ladyana dan Harris Alif


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz pelakon cantik Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada penyanyi dan pengacara Harris Alif pada 5 Februari 2021.

Pasangan ini dinikahkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum.

Nor Harris Alif bin Nor Rashidi dilahirkan pada 2 September 1999 dan tahun ini memasuki usia 22 tahun. Manakala Intan Ladyana dilahirkan pada 2 Jun 1982. Tahun ini dia memasuki usia 39 tahun.

Jarak umur mereka adalah 17 tahun.


5. Alicia Amin dan Farzan Iqbal



Model dan pelakon, Alicia Amin sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Farzan Iqbal pada 14 Februari 2021.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Alicia Amin di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Alicia Amin atau nama sebenarnya Raja Alicia binti Raja Amin dilahirkan pada 6 Jun 1995 memasuki usia 26 tahun pada tahun ini.


6. Detektif Lim (Farid Amirul) dan Norhayati Abdullah


Pelakon yang popular dengan watak Detektif Lim dalam drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul sah menjadi suami kepada pasangannya, Norhayati Abdullah.

Pasangan ini dinikahkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Februari 2021 disaksikan enam tetamu.

Difahamkan mereka telah bercinta selama 6 tahun. Farid Amirul ketika hari pernikahan tersebut berusia 55 tahun manakala isterinya berusia 39 tahun.

Ini adalah perkahwinan pertama buat Farid dan isterinya.


7. Hannah Delisha dan Imam Shah


Pelakon dan penyanyi cantik berasal dari Singapura, Hannah Delisha sah menjadi isteri kepada Imam Shah yang juga pelakon Singapura selepas lima tahun bersama. 

Pasangan ini berkahwin dalam majlis tertutup di Singapura pada 18 Februari 2021 yang hanya dihadiri beberapa ahli keluarga dari kedua pihak saja. 

Sekadar info, Hannah Delisha dilahirkan pada 27 Oktober 1996 memasuki usia 25 tahun pada tahun ini. Imam Shah pula dilahirkan pada 21 Jun 1988 memasuki usia 33 tahun pada tahun ini.

Imam Shah juga merupakan sepupu kepada pelakon dan usahawan terkenal, Nadiyah Shahab.

8. Syanie dan Zahril Hafiz




Pelakon dan pelawak, Syanie Hisham dan jejaka pilihannya Zahril Hafiz Mohammed Nor sah menjadi pasangan suami isteri pada 19 Februari 2021 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)

Ini merupakan perkahwinan ketiga Syanie kerana dua perkahwinan sebelum ini berakhir dengan penceraian. Dia pada awalnya tidak mahu berkahwin tetapi berubah hati apabila melihat kesungguhan suaminya itu.

Syanie atau nama sebenar Syaniza Hisham dilahirkan pada 7 Mei 1974 dan memasuki usia 47 tahun pada tahun ini. Suami Syanie, seorang perunding kewangan berstatus duda tanpa anak pula berusia 41 tahun.

Syanie juga membuat keputusan untuk terus memakai tudung sejak hari pernikahannya itu.


9. Alam Wakaka dan Nurul Alisya


Penari dan pelakon, Alam Wakaka atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Nurul Alisya Najwa Hazman pada 7 Mac 2021.

Upacara akad nikah pasangan ini dilakukan dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Segamat, Johor mengikut SOP yang ditetapkan.

Difahamkan ketika itu, Alam Wakaka berusia 35 tahun manakala isterinya berusia 20 tahun.

Sebelum ini, mereka telah bertunang sekitar Ogos 2020.


10. Ashira Aziz & Bad Indigo


Pada 11 Mac 2021, penyanyi Ashira Aziz dan Bad dari kumpulan Indigo selamat menjadi pasangan suami isteri sekitar jam 2.45 petang.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Asyira sendiri dalam satu majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang hanya dihadiri oleh sebahagian keluarga dari kedua-dua belah pihak.

Asyira Aziz menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin. Mereka mula rapat ketika sama-sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim ke-7.

Ini adalah perkahwinan kedua buat masing-masing. Hasil perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak manakala Bad pula mempunyai 2 orang anak.

Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz dilahirkan pada 28 Oktober 1984 dan tahun ini memasuki usia 37 tahun manakala Bad Indigo memasuki usia 46 tahun pada tahun ini.


11. Risteena & Isa Khan


Dengan sekali lafaz, pelakon Risteena dan Isa Khan sah menjadi pasangan suami isteri pada 12 Mac 2021.

Pasangan ini dinikahkan kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Selepas 5 bulan berkenalan, pada 23 November 2019, Isa Khan telah melamar dan mengikat tali pertunangan dengan Risteena.

Sekadar info, Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas dilahirkan pada 19 November 1989 dan tahun ini berusia 32 tahun.

Manakala Isa Khan atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan dilahirkan pada 16 Julai 1993. Tahun ini dia memasuki usia 28 tahun. Isa khan lebih muda 4 tahun dari Risteena.


12. Noor Nabila & Engku Emran


Engku Emran dan kakak Neelofa, Noor Nabila sah menjadi suami isteri pada pagi 19 Mac 2021

Sekadar info, Noor Nabila sebelum ini telah berkahwin buat kali ke-2 dengan pelakon Sharnaz Ahmad namun bercerai pada 8 Julai 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Engku Emran pula pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira sekitar 2007 namun bercerai pada 17 Februari 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Engku Emran kemudianya berkahwin dengan Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun pada Julai 2020, Laudya mengesahkan yang mereka telah bercerai.

Noor Nabila dilahirkan pada 4 September 1984 memasuki usia 37 tahun pada tahun ini manakala Engku Emran memasuki usia 46 tahun pada tahun ini. 

13. Farawahida dan Zulkifli Alias



Pada 19 Mac 2021, penyanyi Farawahida sah menjadi isteri lelaki pilihan hatinya Zulkifli Alias di sebuah masjid di Taiping,Perak kira-kira jam 10.40 pagi.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Farawahida melalui akaun instagram miliknya.

Menurut Farawahida, dia mula berkenalan dengan Zulkifli di gelanggang badminton dan Zulkifli adalah duda yang mempunyai tiga orang anak. 

Farawahida pula pernah berkahwin pada 16 Disember 2013 namun bercerai setahun yang lalu.

Farawahida dilahirkan pada 19 Mac 1985 memasuki usia 36 tahun pada tahun ini. Begitu juga suaminya, berusia 36 tahun pada tahun ini.


14. Elizabeth Tan dan Siew Jim


Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan berkahwin dengan lelaki pilihannya Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak pada 20 Mac 2021.

Menurut Lizzy, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya itu kerana menganggap perkahwinan adalah satu hal yang begitu peribadi buat dirinya.

Dia harap peminat dapat terima dan hormat keputusannya. 

Elizabeth Tan dilahirkan pada 18 November 1993 memasuki usia 28 tahun pada tahun ini.

15. Ernie Zakri & Syamel



Pasangan penyanyi popular, berbakat besar, sama padan Ernie Zakrie dan Syamel telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Mac 2021

Ernie dan Syamel dinikahkan oleh juru nikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa Ernie, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Sekadar info, Ernie Zakri dan Syamel mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020. 

Ernie Zakri dilahirkan pada 23 Jun 1992 bakal memasuki usia 29 tahun pada tahun ini. Syamel pula dilahirkan pada 26 November 1993 memasuki usia 28 tahun pada tahun ini. 

16. Neelofa & Pu Riz


Dengan sekali lafaz, Neelofa sah menjadi isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail kira-kira pukul 11.40 pagi pada 27 Mac 2021.

Pasangan ini dinikahkan oleh adik Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor berwalikan bapa kandungnya yang diadakan secara tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sekadar info, Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 memasuki usia 32 tahun pada tahun ini. PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail dilahirkan pada 2 Mei 1995. 

Dia yang lebih muda 6 tahun dari Neelofa, memasuki usia 26 tahun pada tahun ini


17. Remy Ishak & Ezza Yusof 



Sekitar November 2014, Remy Ishak ada membuat pengakuan yang dia dalam proses mengenali hati budi Ezza Yusof dan ketika itu mereka baru kenal 3 bulan. 

Mereka akhirnya bertunang pada 1 Mei 2017. Namun selepas hampir 2 tahun, pertunangan mereka telah putus sekitar tahun 2019. 

Menurut Remy, hubungan mereka berakhir bukan disebabkan orang ketiga tetapi berdepan dengan pelbagai masalah.

Hubungan mereka dikatakan kembali pulih apabila Remy ada membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran pada 24 Mac 2021. 

Remy Ishak apabila ditanya memberitahu yang Ezza sentiasa berada disisinya setiap kali dia ada masalah. Ezza sahaja yang faham dan kenal dirinya. 

8 tahun perjalanan hidup mereka dan akhirnya Remy Ishak sah menjadi suami kepada Ezza Yusof pada hari Sabtu 21 Ogos 2021 kira-kira pukul 1 petang.


Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung secara tertutup di Majlis Negara, Kuala Lumpur.



Sekadar info, Ezza Yusof dilahirkan pada 24 Mac 1983 memasuki usia 38 tahun pada tahun ini. Remy Ishak pula dilahirkan pada 11 April 1982 memasuki usia 39 tahun pada tahun ini. 


18. Elisya Sandha & Uzair Haqimy



Adik Fasha Sandha yang juga pelakon iaitu Elisya Sandha sah bergelar isteri kepada Uzair Haqimy pada hari Sabtu 21 Ogos 2021. 


Pasangan ini dinikahkan berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak kira-kira pukul 3.11 petang.

Uzair Haqimy yang juga anak penerbit pelakon popular Sheila Rusly memberi mas kahwin berupa gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.


Elisya Sandha dilahirkan pada 9 Jun 1999 memasuki usia 22 tahun pada tahun ini manakala suaminya Uzair Haqimy Azman dilahirkan pada 20 Disember 1996 memasuki usia 25 tahun pada tahun ini.  


19. Harith Zazman & Nuramalina Ghakaskhah


Pada 28 Ogos 2021 hari Sabtu, penyanyi lagu popular Cute iaitu Harith Zazman sah bergelar isteri kepada model cantik Nuramalina Ghakaskhah sekitar pukul 4 petang. 

Pasangan ini dinikahkan di Pejabat Agama Hulu Langat selepas 5 bulan mengikat tali pertunangan. 

Kalau nak tahu, mereka bertunang pada 13 Mac 2021 selepas genap setahun perkenalan menerusi Instagram. 


Harith Zazman dilahirkan pada 29 Jun 1994 memasuki usia 27 tahun pada tahun ini manakala isterinya Nuramalina memasuki usia 29 tahun pada tahun ini.

20. Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Pada 19 September 2021 kira-kira pukul 10.40 pagi, penyanyi popular Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Mereka mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan rakaman program All Together Now Malaysia sekitar Mac 2021.

Sekadar info, Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil dilahirkan pada 23 Januari 1985 dan berasal dari Semporna, Sabah. 


Muhammad Yusuf bin Bahrin dilahirkan pada 8 Jun 1992 dan berasal dari Shah Alam, Selangor. Dia yang mula berlakon sejak tahun 2019 dikatakan seiras dengan pelakon Aeril Zafrel.

Pada tahun ini Zizi Kirana berusia 36 tahun manakala Yusuf berusia 29 tahun. Jarak umur mereka adalah 7 tahun.

21. Fizo Omar & Fazeera

Ramai terkejut apabila Fizo Omar tiba-tiba berkahwin sekitar Oktober lalu.

Dia selamat bergelar suami kepada isterinya, Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis akad nikah secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.


Mereka sebenarnya baru setahun berkenalan. Sebelum ini Fizo Omar pernah berkahwin dengan usahawan tudung, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang aak perempuan iaiatu Wan Maryam.

Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizo Wan Omar dilahirkan pada 19 Julai 1985 dan tahun ini memasuki usia 36 tahun.


Manakala isterinya, Fazeera Nazri Azrai dilahirkan pada 29 November 1995 dan tahun ini memasuki usia 26 tahun.

22. Ayie Elham & Tasha

Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham atau nama sebenarnya Nik Fadlee bin Elhamshah selamat bergelar suami kepada Nur Natasha Ahmad Nawawi pada 21 Oktober 2021.


Isterinya yang berusia 22 tahun menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.


Ayie dilahirkan pada 7 Julai 1997 dan tahun ini memasuki usia 24 tahun.


23. Caprice & Farra Inalis

Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu Caprice atau nama sebenarnya Azri bin Ramli Ibrahim sudah bernikah pada 15 November 2021 selepas menghilang selama 40 hari.


Berita pernikahan ini disahkan dan dikongsikan sendiri oleh Caprice menerusi laman Instagram miliknya.

Majlis akad nikah tersebut diadakan di TanaMekar The Hills di Petaling Jaya dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat. 

Kalau nak tahu, Farra Inalis Hussni berasal dari Kelantan dan dilahirkan pada 20 June 1995. Tahun ini dia memasuki usia 26 tahun. 


Farra pernah berkahwin buat kali pertama sekitar September 2015 dan ketika itu Farra berusia 20 tahun. Anaknya, Aleesya Sofea kini berusia 5 tahun.

Caprice pula dilahirkan pada 25 Julai 1988 dan tahun ini memasuki usia 33 tahun. Apa pun, tahniah Miss Viral ucapkan kepada Caprice dan Farra. 

24. Jasmin Hamid & Nazmir Abd Rahim

Pada 19 November 2021, pelakon popular Jasmin Hamid sah menjadi isteri kepada pengurusnya,  Nazmir Abd Rahim pada jam 3.30 petang.


Jasmin Hamid sebelum ini pernah berkahwin namun bercerai. Selepas 10 tahun menjadi janda, hatinya dimiliki oleh lelaki yang menguruskan kerjayanya sejak lapan tahun lalu.


Jasmin Hamid dilahirkan pada 15 September 1974 dan tahun ini memasuki usia 47 tahun. Suaminya, Nazmir Abd Rahim pula berusia 35 tahun.

25. Haqiem Rusli & Sofea

Pada 19 November 2021, penyanyi popular Haqiem Rusli sah menjadi suami kepada Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan kira-kira pukul 3.41 petang.


Dipercayai Haqiem dan Anis Sofea mula berkenalan atas urusan perniagaan dan bercinta sejak 2 tahun lepas.


Sekadar info, Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli dilahirkan pada 16 Jun 1998 dan tahun ini berusia 23 tahun. Manakala Sofea dilahirkan pada 11 Februari 2002 dan tahun ini memasuki usia 19 tahun.

26. Yonnyboii & Nik Nazira

Ramai peminat terkejut apabila mendapat berita yang Yonnyboii telah berkahwin dengan instafamous Nik Nazira Nariman pada 20 November 2021. 


Sebelum ini mereka mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober 2021 selepas sebulan bercinta.


Sekadar info Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin dilahirkan pada 20 Mei 1998 dan tahun ini memasuki usia 23 tahun. 

Manakala Nik Nazira dilahirkan pada 20 Mac 1999 dan tahun ini memasuki usia 22 tahun. 

27. Puteri Aishah & Firdaus Sulaiman


Pada pagi 11.15 pagi Sabtu 21 November 2021, pelakon cantik Puteri Aishah dan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah tertutup di Mayang Sari Ballroom, Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.


Sekadar info, Puteri Aishah binti Sulaiman dilahirkan pada 6 Jun 1994 memasuki usia 27 tahun. Manakala info dari Mstar, suaminya Firdaus Sulaiman berusia 29 tahun pada tahun ini. 

28. Zee Avi & Kenji

Pada hari Isnin 22  November 2021, penyanyi Zee Avi sah bergelar isteri kepada seorang lelaki berasal dari Jepun, Kenji Matano di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Mereka mula berkenalan pada tahun 2018 dan bercinta lebih 3 tahun. 

Zee Avi dilahirkan pada 15 Disember 1985 dan tahun ini memasuki usia 36 tahun. Manakala suaminya berusia 41 tahun.

29. Uqasha Senrose & Kamal Adli


Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah diijabkabulkan pada 5 November 2021 pada pukul 9.39 pagi. 



Pasangan ini berkongsikan berita tersebut selepas sebulan berkahwin. 

Sebelum ini Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas Anugerah Meletop Era 2020 yang diadakan pada 20 Disember 2020.



Jadi ini antara artis Malaysia yang berkahwin sepanjang tahun 2021. Senarai ini akan ditambah dari masa ke semasa. 

Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka melayari alam rumah tangga. 

Bila tengok diorang kahwin, lawa betul kan baju kahwin, baju nikah. Rupanya dekat Shopee banyak pilihan baju kahwin, baju nikah, veil, crown, tudung dan macam-macam la! 

Ini yang jadi pilihan, sebab lawa-lawa la! 


Link Baju Nikah : https://shp.ee/xfrxtzp


Link Baju Nikah : https://shp.ee/stbr4fp

Cantik kan! 




Post a Comment

5Comments
Post a Comment