Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee (Senarai Seller Shopee)

7


Boleh ke beli pokok hidup @ real pokok dekat Shopee?

Ye, boleh hehe

Banyak kali dah sebenarnya Ida beli pokok secara online di website Shopee. Kadang-kadang pokok rare yang susah nak dapat dekat nursery, ada dijual di Shopee. 

Sepanjang pengalaman Ida beli pokok dekat Shopee, ada yang dapat pokok elok dalam bungkusan dan ada juga yang sedikit rosak. Tapi, setakat ni kalau dapat yang tak elok, memang akan cuba untuk jaga elok-elok sampai dah cantik balik.

Artikel kali ni, Ida nak share senarai seller yang Ida dah pernah beli dengan diorang. Ida juga akan share pokok-pokok yang dibeli secara online.


1. SmallToBig🌿Plantshop  - Link Shopee : https://shp.ee/bsvyzyd

Ini pembelian pokok secara online yang pertama buat Ida. Mula-mula memang risau tapi lepas baca banyak review yang positif, Ida beli beberapa pokok antaranya Calathea orbifolia, N'joy money plant, Scindapsus pictus dan Pothos.

Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee

Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee

Masa dapat tu memang dalam keadaan elok dibungkus dalam kotak. Ida buat pembelian pada 26 Oktober 2019 dan dapat 31 Oktober 2019. Memang cepat kan?

Lagi satu, Ida tak sangka dapat Calathea orbifolia dalam saiz yang besar. Ingatkan dapat anak pokok je. Sama dengan gambar. Memang puas hati.


2. LS Group  - Link Shopee : https://shp.ee/rtrfkdv

Ida suka dengan seller ni sebab memang banyak pilihan pokok. Memang rambang mata sebab rasa macam nak beli semua hahaha

Yang paling best, cara dia susun produk tu. Contohnya dalam produk pokok Money Plant, ada banyak jenis Money plant seperti N'Joy, Marble Queen, Neon Pothos, Golden Phothos, Silver Satin Photos, Philo Brasil Pothos, Scindapsus truebii, Manjula dan Argraeus Pothos. Cuma perlu pilih je mana yang korang nak.

Ida dah pernah beli 4 pokok dari seller ni iaitu Philodendron 'Fun Bun', Sansevieria trifasciata 'Black Dragon', Asplenium Variegated dan Scindapsus truebii.

Beli Pokok Hidup Secara Online Di Shopee





Ida paling suka Fun Bun sebab dapat lawa sangat  walaupon daun patah. Takpe yang penting pokok sihat. Ida memang akan repeat lagi order dengan seller n.

Sebenarnya dah repeat pon hahaha Ida tengah tunggu 2 jenis pokok iaitu Ficus Elastica dan Spider Plant. Tak sabar!


3.  Home Garden  - Link Shopee : https://shp.ee/ibs6sav

Ida suka beli dengan seller ni sebab banyak pokok rare. Ida baru je beli Anthurium crystallinum, memang dah lama nak beli pokok ni tapi tak jumpa pulak dekat nursery rumah Ida ni.




Nanti nak beli Microsorum punctatum 'Dragon's Wing' dekat seller ni sebab dah lama nak pokok tu hahaha

4.  Best2.U  - Link Shopee : https://shp.ee/ztmur25


Ida beli Alocasia Macrorrhiza Variegata atau Elephant Ear Plan Variegated dekat seller ni sebab paling murah. 


Masa dapat, ada pucuk baru lagi. Saiz pokok sederhana je sebab padan la dengan harga.


Sekarang pokok dah membesar sihat dan daun baru memang lawa-lawa. 



5.  HY STORES  - Link Shopee : https://shp.ee/st9kvd5

Ini pembelian paling mahal bagi ida iaitu melebihi RM500 untuk satu pokok. Ida beli pokok kayangan idaman semua orang iaitu Monstera Thai Variegated Constellation.


Masa awal-awal dapat memang sedih sebab agaknya pokok panas dalam parcel dan penghantaran pula dari Sabah, jadi ada daun pokok yang hitam.


Tapi sekarang pokok dah okay, ada pucuk baru lagi. Lupa nak ambil gambar yang terbaru. Bila dah ambil gambar nanti, Ida upload dekat sini. 


6.  vv garden  - Link Shopee : https://shp.ee/dgx8qd5

Beli pokok Aglaonema Red Master untuk mak, dan seller ni jual antara yang termurah la. Cara bungkusan pon elok. Alang-alang terus beli Orbifolia dan White Christmas hehe


7.  Secret Garden  - Link Shopee : https://shp.ee/6bnrni5

Ida banyak beli pokok Monstera adansonii dekat seller ni sebab paling murah dan pokok besar banyak daun. 

Sekarang dah membesar dengan sihat. 


Selain dari pokok Monstera adansonii, banyak lagi jenis pokok lain dengan harga yang berbaloi.


8. tankokleyongonlinestore - Link Shopee : https://shp.ee/ztanaxv

Ida sebenarnya dah lebih 5 kali membuat pembelian dengan seller ni. Cara pembungkusan dia memang tip top dan pelbagai jenis pokok bunga ada terjual. 

Segala jenis pokok keladi dengan harga yang berpatutan. Paling penting seller ni sangat la rajin hantar gambar pokok sebelum buat penghantaran. 





Paling banyak kali beli, pokok Keladi New Wave ni sebab murah gile. 



Jadi ini antara seller dekat Shopee yang Ida pernah buat pembelian dan memang puas hati. Mungkin nanti Ida akan cuba beli dengan seller lain pulak dan Ida akan update artikel ni hehe
                             .


Ini adalah artikel kedua Ida tentang housplant, korang boleh check artikel lain tentang houseplant journey di link dibawah :

My Houseplant Journey (Pokok Hidup Dalam Rumah) #1

Bye!

Post a Comment

7Comments
  1. wah penuh rumah dengan pokok eh..nice..tak pernah beli benda hidup dekat Shopee lagi ni

    ReplyDelete
  2. Nak pegi nersery pun tak boleh
    Beli onlinelah.

    ReplyDelete
  3. hellok2 je pokoknya saya tengok. beli pokok hidup pun hujung jari ye sekarang. first time tau ni. hehe

    ReplyDelete
  4. saya pun beli pokok hidup kat shopee....hahahhaa....

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. I pun dah beberapa kali beli pokok kat Shopee, setakat ni Alhamdulillah semua sampai ok. Tengah aim nak beli Calathea orbifolia tu gak.

    ReplyDelete
Post a Comment