Cara Kenal Sport Rim Enkei 3 Batang Original Dengan Full Cop

0


 

Assalamualaikum hari ini aku nak kongsikan cara kenal sport rim original enkei 3 batang dengan rim 3 batang full cop. Apa yang aku boleh bagi tahu rim original dari segi luran terdapat banyak perbezaan dari segi kosmetik contohnya dari segi warna.

Warna ori rim 3 batang enkei seakan putih susu manakala rim FC warna putih biasa. Perbezaan paling ketara yang boleh kita tengok adalah pada bahagian bibir rim.Kalau original bibir rim sangat tebal berbanding dengan FC.

Kemudian kita boleh lihat pada bahagian rim belakang. Di bahagian tengah rim enkei 3 batang ni terdapat lubang dan shape lubang yang FC berbentuk huruf D dan potongannya tidak kemas, manakala enekei 3 bantang original pula seakan-akan O tetapi kekemasan sangat rapi.

Untuk melihat dengan lebih jelas aku ada buat video perbandingan 2 rim ni. Aku sekarang tengah menggunakan rim FC dan apa yang boleh katakan rim FC ni terlalu ringan. Untuk mencapai topspeed 160kmh sangat mudah *meter motor v1 kalau GPS 135kmh sahaja sebab aku dah sukat untuk motor standard badak aku ni hahaha.

Apa-apa pun jom layan video aku, Yang penting subscribe tau geng dan jangan lupa komen like dan share kalau bermanfaat tau.hehe terima kasih.



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)