5 Langkah Menuntut Gantirugi Jika Terlibat Insiden Perkhidmatan Awam

0



Setelah isu hangat  diperkatakan yang mana rata-rata netizen tidak bersetuju dengan bantuan RM1,000 yang akan diberikan kepada mangsa pelanggaran LRT semalam. 

Salah seorang netizen di twitter telah berkongsi pengalaman beliau dalam menuntut gantirugi dengan pihak penyedia perkhidmatan.

Ini kerana jika berlaku insiden yang melibatkan perkhidmatan awam, mangsa boleh menuntut ganti rugi dengan setimpal tetapi haruslah melalui saluran dan cara yang betul.

Di bawah adalah 5 langkah yang telah dikongsikan oleh beliau.

1. Periksa sekiranya anda mengalami sebarang kecederan. Ambil gambar pada bahagian kecederaan.

2. Dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran. Ini penting untuk rekod rawatan kecederaan akibat dari kemalangan tersebut bagi tujuan laporan perubatan.




3. Laporkan kemalangan tersebut di balai polis berdekatan. Nyatakan butiran seperti tarikh dan masa kemalangan, kenal pasti tren yang dinaiki dan nyatakan bahawa anda penumpang tren tersebut serta bagaimana situasi semasa kemalangan berlaku. Nyatakan kecederaan yang anda alami.




4. Simpan segala resit bayaran yang telah dibuat.

5. Simpan segala dokumen yang diberikan oleh pihak klinik atau hospital.




NOTA PENTING:- 

1. Dapatkan rawatan secepat yang mungkin selepas kemalangan. 

2. Tuntutan kemalangan bagi tuntutan kecederaan boleh dilakukan dalam masa 6 tahun dari tarikh kemalangan.

3. Sekiranya kecederaan serius dan meninggalkan parut serta kesan buruk terhadap fungsi anggota badan, anda akan dirujuk oleh peguam kepada pakar yang berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan pakar seterusnya meningkatkan jumlah tuntutan.

4. Jumlah tuntutan gantirugi bergantung kepada kecederaan anda dan kesan masa panjang terhadap anggota badan anda. 

5. Hubungi peguam yang mahir dalam kes tuntutan kecuaian kemalangan untuk memulakan tuntutan.

6. Kecederaan parah DAN ringan seperti luka kecil dan lebam juga boleh menuntut gantirugi.

7. JANGAN terima sebarang pampasan ‘ex-gratia’ atau tandatangan sebarang surat/perjanjian yang mengandungi “waiver clause” atau klausa yang bakal menidakkan tuntutan anda di kemudian hari. Kebanyakkan ‘ex-gratia’ yang diberikan tidak berpadanan dengan tuntutan yang anda berhak.


Sumber: faeezzarsae


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)