Semalam Malaysia telah dikejutkan dengan kes pelanggaran 2 tren yang berlaku di pusat bandar raya Kuala Lumpur. 

Di fahamkan seramai 213 penumpang telah terlibat, dengan 47 cedera parah, manakala 166 lagi telah mengalami kecedera ringan.

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu mangsa insiden tersebut dengan menyalurkan bantun RM1,000 kepada 213 penumpang yang terlibat. Berita ini telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun di twitter.

"RM1,000 akan diberi kepada 213 penumpang terlibat dalam kemalangan 2 tren LRT semalam. Kos rawatan dan perubatan mangsa dimasukkan ke hospital juga akan ditanggung. Bantuan kewangan juga diberi kepada mereka yang tidak boleh bekerja (tempoh hari akan ditetapkan)-Prasarana"


Bukan itu sahaja, pihak Prasarana juga ada menyatakan akan membantu dari segi kos rawatan serta perubatan mangsa yang dimasukkan ke hospital dan bantuan kewangan  kepada mereka yang tidak boleh bekerja mengikut tempoh hari akan ditetapkan.

Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap














Inilah Reaksi Netizen Terhadap Bantuan RM1,000.

Berikut adalah reaksi pemilik akaun twitter setelah mendapat tahu mengenai bantuan RM1,000 itu. Rata-rata tidak bersetuju dan mahukan keadilan yang sewajarnya terhadap mangsa.

Diharap kejadian ini dapat diselesaikan dengan sewajarnya dan diharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi