Pelanggan Terkilan Kek Lapis Dicuri Staff J&T

0


 Isu kecurian yang sering hangat diperkatakan di bibir-bibir pelanggan dalam menggunakan kurier dalam penghantaran barang di Malaysia. 

Terutama sekali kita dengar adalah dari kurier J&T kerana banyak masalah staff j&t curi barang,staff j&t rosakkan barang,staff j&t hilangkan barang yang acap kali berlaku.

Baru-baru ini seorang netizen di Facebook meluahkan kekesalan dan terkilan beliau terhadap staff J&T yang telah mencuri kek lapis beliau dalam menggunakan khidmat kurier dari J&T. Dia telah memuat naik status di Facebook nya.


Menurut Ayda, dia sangat terkilan apabila kejadian sebegini berlaku. Dia harap pihak J&T akan ambil tindakan kepada staff yang bertanggungjawab.



Walaupun Cik Ayyda Rezwan telah meletakkan detail barang, ia tetap dicuri oleh staff jnt. Betul apa yang cik ayyda bagi tahu di post dia, di mana dia ada mengatakan ''Manusia kalau dh perangai hawau hawau gak.. sekecik kecik parcel yg takde details pun depa boleh kokak.. tu bukan masalah parcel tu letak nama ke idok.. tu mmg masalah perangai hawau lapaq 24 jam.. Tak AMANAH!! Depa jawablah dekat akhirat nnti.''












Diharap pihak JNT memandang serius dan mengambil langkah yang wajar dalam menangani isu seperti ini.

Ini kerana ramai pengguna gemar menggunakan jnt kerana sangat pantas untuk sampai ke penerima.

Diharap pihak jnt akan memperbaiki mutu kerja dalam segala aspek kerja untuk medapatkan kembali kepercayaan pengguna di masa akan datang.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)