Ramai Terkejut Lagu Trending Swipe ALYPH Rupanya Kolaborasi Bersama Dato Vida

0




Lagu SWIPE nyanyian penyanyi Alyph memang dah popular di Tiktok sebelum dilancarkan lagi. Lebih 40 ribu video di Tiktok menggunakan lagu tersebut.

Malah video Merqeen "miming" lagu Swipe juga mendapat lebih 5 juta tontonan di Tiktok.

@meerqeen Very the chooooosy one ahhhh 🥱 #fyp #foryou #foryoupage ♬ SWIPE - ALYPH


Dan semalam pada 28 Oktober 2022, Alyph akhirnya melancarkan video muzik lagu Swipe menerusi Youtube dan ramai terkejut rupanya dia berkolaborasi dengan Dato' Vida.

Walaubagaimanapon Dato Vida hanya menyanyi di bahagian awal dan penghujung video saja. Tapi memang agak terkejut la tiba-tiba je berkolaborasi dengan Dato Vida.

Pelbagai komen reaksi peminat dan netizen di social media terhadap kolaborasi ini. Ada yang suka dan ada juga menganggap Alyph cuba menumpang populariti Dato Vida.

Alyph menafikan tuduhan tersebut. Menurut Alyph, jika karya muzik dibuat dengan citarasa yang memikat, Insya-Allah hasilnya akan diterima dengan baik.

Betul tu, tak kisah sebenarnya siapa penyanyi tapi kalau lagu tu bagus, buat orang suka jadi tak mustahil orang akan terima baik lagu tu.

Tapi memang best lagu tu cuma kelakar pulak bila part hujung nyanyian Dato Vida. Memang confirm ramai yang guna untuk video Tiktok nanti.

Apa pun tahniah buat Alyph dan Dato Vida dengan pelancaran lagu Swipe ni. Korang boleh tengok muzik video SWIPE di bawah :













Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)