Stacy Dan Akim Ahmad Kongsi Gambar Isa Senyum, Comel Sangat!

0

 Pada 6 Ogos 2022, Stacy Anam selamat melahirkan cahayamata kedua, bayi lelaki yang diberi nama Isa. 

Stacy dan Akim ada memuatnaik gambar terbaru Isa comel tersenyum hingga ada yang komen, senyumannya senget seperti Akim. 


Pada 27 Oktober 2022, gambar Isa dimuatnaik menerusi akaun anak-anak Akim Ahmad dan Stacy. Ramai yang memuji kecomelan Isa yang kelihat seiras kakaknya Eshaal. 


Ada juga yang komen, senyuman Isa sama seperti senyuman Akim Ahmad. Aah kan, nampak sama. Seiras betul. 



Bahagia pasangan ni sebab dah cukup lengkap ada baby boy selepas lima tahun usia perkahwinan, sebelum ni kan dah ada 2 orang anak perempuan. 



Menurut Stacy, Akim dan anak-anak semua teruja dengan kelahiran Isa. Siap berebut-berebut nak tolong ambilkan lampin. Comel je kan. 

Sekadar info, Akim dan Stacy sah menjadi suami isteri pada Februari 2016. Mereka menerima cahaya mata pertama iaitu Eshaal pada 17 Februari 2017 dan kini berusia 5 tahun.

Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Beyya yang kini memasuki usia 9 tahun. 

Harap lepas ni Stacy dan Akim akan kongsikan lagi banyak gambar Isa. Suka tengok senyuman comel Isa tu. 

Apa pun tahniah kepada keluarga Akim dan Stacy kerana menerima ahli keluarga baru ni. 

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)