Artis Malaysia Berkahwin Dengan Pemain Bola Sepak

0




Tahniah diucapkan kepada pelakon Syifa Melvin dan pemain bola sepak Safawi Rasid kerana sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz. Lama juga ye diorang ni bercinta, lebih 3 tahun.

Artikel kali ini mengenai Artis Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pemain Bola Sepak Malaysia yang masih aktif bermain.


1. Ayu Raudhah

Pelakon yang juga adik Rozita Che Wan, Ayu Raudhah berkahwin dengan pemain bola sepak Malaysia yang juga pemain kelab Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha.

 


Kali pertama mereka berjumpa pada 11 Mei 2009 dan kemudian kerap berbalas SMS. Ayu dan Zaquan Adha bercinta selama 2 tahun dan akhirnya berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Mohd Zaquan Adha bin Abd Radzak dilahirkan pada 3 Ogos 1987 manakala Raudhah binti Che Wan @ Abu Bakar dilahirkan pada 7 Disember 1984.


2. Mia Ahmad

Pelakon cantik Mia Ahmad dan suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim FC, Mohd Izham Tarmizi Roslan berkenalan menerusi laman sosial, Twitter sekitar tahun 2015.





Menurut Izham meminati Mia Ahmad sejak drama Hati Perempuan dan tidak putus asa berusaha untuk berkenalan dengan Mia Ahmad.

Akhirnya hubungan mereka rapat selepas 8 bulan berkawan biasa.

Pada 13 Januari 2017, Mia Ahmad dan Izham Tarmizi sah menjadi suami isteri. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata dan Mia kini sedang hamil anak ketiga.

Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah binti Ahmad Baderi dilahirkan pada 22 Februari 1988 manakala Izham Tarmizi dilahirkan pada 24 April 1991.

Artikel penuh boleh tengok dalam video di bawah : 



Jadi ini antara senarai artis Malaysia yang berkahwin dengan pemain bola sepak Malaysia yang masih aktif.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)