Tahniah Nad Zainal Dan Ungku Ismail Selamat Jadi Pasangan Suami Isteri (10+ Gambar)

0





Eh tetiba Nad Zainal dan Ungku Ismail kahwin?

Gitulah kita terkejut tadi bila nampak Nad Zainal kongsi gambar nikah diorang. Awal-awal dulu menafikan ada hubungan, lepas tu cakap rapat, lepas tu berahsia lagi.

Tengok-tengok kahwin dah diorang, tak perlu tunggu lama-lama. Dan rupanya dah kahwin pada 23 Januari lalu, dah 6 hari jadi suami isteri.

Difahamkan diorang ni mula rapat ketika berlakon sama-sama dalam drama Cina Buta. Lepas tu sama-sama buat travelog.

Ini antara gambar nikah Nad Zainal dan Ungku Ismail.











Sekadar info, Nad Zainal sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan 2 orang cahayamata.

Sekitar September 2022, Nad Zainal mengumumkan yang mereka telah bercerai. 

Ungku Ismail dilahirkan pada 26 Disember 1985 dan tahun ini memasuki usia 38 tahun. Manakala Nad Zainal dilahirkan pada 16 Mei 1990 dan tahun ini memasuki usia 33 tahun.

Apa pun, tahniah buat Nad Zainal dan Ungku Ismail. 



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)