Miliki Rumah Sendiri Di Usia 32 Tahun Tanpa Pinjaman Bank

2



Ini antara pencapaian terbesar kami dan rumah ni pula dibina di kawasan kampung dengan view sungai yang lawa. 

Kisahnya aku dan suami pindah masuk rumah baru kitorang pada 26 Julai 2022 walaupon rumah tu masih tak siap sepenuhnya.

 

Lantai belum letak SPC Flooring ❌
Kabinet dapur belum pasang ❌
Kaki lima longkang belum buat  ❌
Front yard, back yard tak siap ❌

dan banyak lagi la tak siap. 

Tapi nak pindah masuk juga asalkan dapat masak, mandi dan tidur. 


Rancang nak kumpul duit dulu sebab rumah ni memang buat tanpa ada pinjaman bank. Ada la sikit sikit mak ayah tolong, tapi mostly memang gaji kami bulan-bulan. 

Dan rancangan buat rumah ni sebenarnya rancangan yang macam tiba-tiba. Bila dapat je bahagian tanah pusaka dekat dengan sungai, terus nampak masa depan tinggal dekat rumah idaman haha

So, design rumah pelan sendiri then tunjuk dekat abah dan kontraktor. Abah mak cakap kalau duit ON, projek pon ON. 

31 Januari 2021, bagi abah RM5000 untuk bersihkan tapak dan mulakan apa yang patut. Lepas-lepas tu tiap kali gaji, bagi abah siap-siap duit rumah. 

Memang seronok sangat bila nampak ada progress rumah dari tak siap eh tiba tiba dah siap haha




Mozek atau tiles lawa ni beli dekat Shopee hehe : Beli Tiles Sini 




Lampu gantung cantik beli dekat Shopee jugak : Beli Lampu Gantung Sini

Alhamdulillah sangat atas rezeki ni hehe 

Next! Kumpul duit untuk Kabinet Dapur pulak hehe


Doakan kitorang ye hehe



Nanti kalau rajin, nak ceritakan juga apa yang kitorang dah buat atau beli untuk rumah ni hehe 

Till then, bye!


Post a Comment

2Comments
  1. tahniah kak. best kalau ada tanah dekat pulak dengan tmpt kerja, boleh buat rumah. slow2 pun janji ada kan,

    ReplyDelete
Post a Comment