Selain Fasha Sandha, 14 Pelakon Malaysia Ini Pernah Cedera Ketika Penggambaran

0



Memang terkejut ye dengan apa berlaku kepada pelakon Fasha Sandha dan Puteri Rafasya yang cedera ketika penggambaran baru-baru ni. Alhamdulillah, keadaan mereka pon dah beransur pulih.

Sama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Fasha Sandha dan Puteri Rafasya.

Jadi artikel kali ini nak senaraikan 14 pelakon Malaysia yang pernah cedera ketika 'shooting', kesian sampai ada yang kena 13 jahitan. Banyak tu!

1. Ben Amir


Pada 1 Ogos 2022, Ben Amir ada memuatnaik video tentang kecederaan yang dialaminya sehingga terpaksa menjalani pembedahan sekitar Jun 2022.



Menurut Ben Amir, dia mengalami kecederaan di sebelah mata kirinya ketika menjayakan babak aksi dalam satu penggambaran

Dia bagaimanapun tidak dapat menceritakan punca sebenar kejadian kerana isu tersebut sudah selesai dengan pihak produksi.

Selepas 6 bulan berehat, mata Ben Amir telah pulih tetapi kira-kira 20 peratus bahagian mata kiri sudah rosak.


Dia kini sudah kembali berlakon sejak Januari 2023 setelah lama berehat.


2. Hairul Azreen


Pada 14 Februari 2023, Hairul Azreen berkongsikan berita yang dia tidak dapat meneruskan penggambaran filem The Original Gangster selepas ligamen lutut kirinya putus.





Kemudiannya pada 16 Februari 2023, Hairul Azreen selamat menjalani pembedahan pada lutut kirinya.


Dan terkini, Hairul Azreen dilihat semakin pulih apabila boleh berjalan semula.


3. Wafariena

Pada 8 Oktober 2022 3 pagi, Wafariena mengalami kecederaan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri dalam babak sebuah telefilem.



Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital selama lima hari.

Doktor memaklumkan tisu bahagian punggung Wafariena cedera, manakala perutnya koyak selain berlaku pendarahan.

Wafariena kemudiannya membuat laporan polis terhadap pengarah Khairi Azmi pada 26 Oktober 2022 susulan kecederaan yang dialami selepas dipaksa melakukan babak aksi tersebut.

Dia kini telah sembuh dan sudah kembali berlakon.


4. Izara Aishah

Pada 19 Disember 2019, Izara Aishah ada memuatnaik gambar matanya lebam selain giginya patah menerusi laman twitter miliknya.


Rupa-rupanya Izara cedera sewaktu menjalani penggambaran drama Ombak Rindu sekitar Julai atau Ogos 2016.

Dan ianya berlaku ketika melakonkan babak berat yang dia tidak boleh dedahkan dan bukannya kena pukul.

Atas arahan doktor, Izara Aishah terpaksa direhatkan seminggu kerana lebam di wajahnya semakin teruk.

5. Bront Palarae

Pada 30 Ogos 2018, Bront Palarae hadir ke majlis pratonton filem One Two Jaga dalam keadaan berkerusi roda dan bertongkat.


 
Difahamkan dia mengalami kecederaan otot betis kanan terkoyak ketika menjayakan babak berlari dari kapal ke bumbung bangunan.

Doktor memberitahu yang dia hanya boleh berjalan seperti biasa selepas dua minggu.

Menurut Bront Palarae, itu adalah kecederaan paling teruk pernah dialami sepanjang terbabit dalam bidang lakonan.


Lagi 9 pelakon, boleh tengok dalam video di bawah :


Ramai betul yang cedera waktu shooting kan, agak-agak korang kan, salah siapa?


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)