Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi mendapati Siti Bainun bersalah atas kedua-dua pertuduhan selepas mendengar keterangan daripada 14 saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan.
Ini antara fakta-fakta mngenai hukuman yang dikenakan ke atas Siti Bainun.
- Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada 3 Mei 2023
- Pertuduhan pertama membabitkan pengabaian, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
- Bagi pertuduhan kedua membabitkan menganiaya, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
- Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak.
- Hakim juga memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama 5 tahun dengan cagaran RM5,000.
- Siti Bainun juga akan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam selama tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Bella kini semakin pulih dari kecederaan fizikal dan emosi yang dialaminya. Luka-luka di badannya telah kembali pulih dan berat badannya juga bertambah susulan penjagaan rapi yang diterima.
Dia kini berada di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sebuah tempat selamat.
Alhamdulillah, akhirnya nasib Bella terbela dan pesalah menerima hukuman setimpal.
Apa komen korang?