Header Ads

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap



Ini sebenarnya resepi dari mak, memang menjadi kegemaran tiap kali balik kampung atau ketika menyambut hari raya. Juadah ni memang wajib ada di atas meja untuk santapan seisi keluarga.

Selalunya Iday akan makan dengan nasi himpit dan kuah kacang. Memang sedap!

Jadi kali ni, Iday nak kongsikan resepi Rendang Ayam yang mudah dan sedap. Sebenarnya tak susah pon nak masak hidangan ni.

Bahan-bahan diperlukan : 

½ ekor ayam 
2 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
4 batang serai 
2 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 
1 1/2 inci halia 
5 sudu besar cili giling Puteri (boleh juga kalau nak guna cili kisar biasa)
1 helai daun kunyit 
3 sudu besar kerisik 
Garam dan gula secukup rasa 
Santan cair 1 cawan 

Cara Penyediaan : 

Mula-mula kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, cili giling  dan 1 cawan air. 


Kemudian dalam satu kuali, masukkan ayam, santan, bahan kisar tadi, daun kunyit dan ½ sudu besar garam dan 1 sudu gula. 







Kacau rata bahan-bahan yang dicampur sekali tadi.


Bila dah mendidih, boleh masukkan 3 sudu besar kerisik. 


Kacau perlahan-lahan dengan api sederhana. Boleh biarkan sekejap tetapi kacau seketika supaya kuah tidak melekat pada kuali. Bila ayam dah masak dan kuah dah pekat, siap untuk dihidang. 


Resepi ni tak perlu asam keping sebab Iday guna cili giling jenama PUTERI yang memang ada asam dan garam. Tapi kalau korang guna cili kisar biasa, boleh la letak asam jawa.

Senang sangat kan resepi Rendang Ayam ni. Ini memang resepi dari mak Iday dan dah banyak kali buat memang sedap. 

Kalau korang nak tengok video masakan Rendang Ayam ni boleh tengok video Instagram di bawah. Akan datang Iday akan upload dekat youtube channel Sayaiday.



Selamat mencuba!

Kalau suka boleh follow Iday di Instagram dan subscribe youtube channel Sayaiday : https://www.instagram.com/sayaidaydotcom/ & https://www.youtube.com/sayaiday




Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


Tiada ulasan