Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia, Rebah Ketika Bersarapan

1



Berita yang sangat mengejutkan rakan industri dan peminat apabila pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari ini 4 Mei 2023.

Berita pemergian beliau disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada Astro AWANI.

Menurut anak saudaranya yang juga pelakon Iman Zulkarnain, arwah tiba-tiba rebah ketika bersarapan dengan anaknya di rumah.

"Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.”

"Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir,"

Bekas isteri beliau, Didie Alias turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya.



Dimaklumkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Sekadar info, Arwah Ridzuan Hashim dilahirkan pada 13 Ogos 1961 dan tahun ini memasuki usia 62 tahun.

Dia mempunyai 5 orang anak hasil perkahwinananya dengan bekas isteri, Didie Alias.


Takziah diucapkan kepada keluarga Ridzuan Hashim, semoga tabah dengan berita ini dan dipermudahkan segala urusan.

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham Ridzuan Hashim.


Tags

Post a Comment

1Comments
  1. Innalilahiwainailahirojiun.. salam takziah buat semua ahli keluarga dan peminat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman. Aamiin

    ReplyDelete
Post a Comment