UPDATE 13 Jun 2023
Mohd Asri Abdullah yang berusia 50 tahun mengaku salah buat kecoh di restoran tersebut. Dia didenda RM300 atau boleh penjara 7 hari jika gagal bayar denda tersebut
Video CCTV tersebut dikongsikan oleh pemilik restoran tersebut menerusi akaun Tiktok milik mereka.
Rata-rata yang menonton terkejut kerana bukan sahaja membaling bungkusan makanan, lelaki juga sangat aggresif sehingga membaling kerusi dan menengking pekerja di restoran tersebut.
Alhamdulillah, tiada kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Tapi memang kesian la bila tengok adik tu meraung macam tu sekali.
Rupanya punca kejadian tersebut kerana lelaki tersebut naik angin bila pekerja restoran enggan memanggilnya dengan panggilan 'baby' atau 'abang'.
Pekerja tersebut tidak mengikut kehendak lelaki tersebut dan memanggilnya dengan panggilan 'pakcik'.
Selepas menerima bungkusan makanan dan minuman yang dipesan, lelaki tersebut terus mengamuk menjerit memaki hamun dan merosakkan harta benda restoran tersebut.
Setakat ini lelaki tersebut belum ditangkap dan menurut polis, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan.
Pihak polis juga meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat jika terlihat suspek atau menghubungi talian Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya iaitu 03-78627100.
Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Dinesh Ganasan di talian 011-33094457 dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan
Kredit video : Tiktok Darlis Nasi Dagang

Semoga kita dijauhi dari manusia-manusia macam ni. Kesian budak tu trauma tak pasal-pasal. Harap lelaki tersebut segera ditangkap.