Senarai Drama-Drama Korea Terbaru Bulan Jun 2023

0



Bulan Jun ni sebenarnya tak banyak drama Korea terbaru memandangkan banyak lagi drama Korea yang masih sedang ditayangkan.

Tapi ada drama yang Iday tak sabar nak tengok sebab pelakonnya adalah pelakon kegemaran Iday iaitu Lee Jun Ho hehe

Apa pun, jom kita tengok Senarai Drama-Drama Korea Terbaru Bulan Jun 2023.

Bloodhound (9 Jun 2023)


Tarikh Tayangan : 9 Jun 2023
Network : Netflix
Jumlah Episod : 8 (ditayangkan serentak hari sama)
Genre : Aksi, Thriller, Jenayah
Pelakon : Park Sung-Woong, Woo Do-Hwan, Heo Joon-Ho, Lee Sang-Yi

Sinopsis : Dua orang peninju muda, Gun-Woo (Woo) and Woo-Jin (Lee) bekerjasama dengan tokoh legenda dalam perniagaan pinjaman wang CEO Choi (Heo) menjatuhkan "Along" (Pemberi Pinjam) yang jahat iaitu Myung-Gil (Park Sung-Woong)


King The Land (17 Jun 2023)



Tarikh Tayangan : 17 Jun 2023 (setiap hari Sabtu & Ahad)
Network : JTBC
Jumlah Episod : 16
Genre : Romatik Komedi
Pelakon : Lee Joon-Ho, Lim Yoon-A

Sinopsis : Goo Woo (Lee Joon-Ho) merupakan pewaris The King Group, sebuah hotel mewah terperangkap dalam perang pembahagian harta. Cheon Sa-Rang (Lim Yoon-A) bekerja di hotel tersebut. Mereka berjumpa dan mula jatuh cinta.


See You in My 19th Life (17 Jun 2023)



Tarikh Tayangan : 17 Jun 2023 (setiap hari Sabtu & Ahad)
Network : tvN
Jumlah Episod : 16
Genre : Romatik Komedi, Fantasi
Pelakon : Shin Hye Sun, Ahn Bo Hyun, Ha Yoon Kyung, Ahn Dong Goo

Sinopsis : Ban Ji-eum (Shin Hye Sun) ada kuasa yang boleh buat dia ingat 18 kehidupan dia yang lepas. Untuk kehidupan kali ke 19, dia berjumpa dengan Moon Seo-Ha (Ahn Bo Hyun).

Sebenarnya waktu kehidupan yang ke-18, Ban Ji-eum dah jumpa Moon Seo-Ha tapi sebagai Yoo Joo-Won. Kiranya diorang dah rapat masa tu.

Jadi dekat kehidupan ke-19 ni, Moo Seo-Ha dah taknak sesiapa selepas kehilangan Yoo Joo-Won. Ban Ji-eum je yang ingat Moo Seo-Ha dan cuba nak rapat. Faham tak ? Yang ni complicated sikit hehe




Lies Hidden In My Garden (19 Jun 2023)



Tarikh Tayangan : 19 Jun 2023 (setiap hari Isnin & Selasa)
Network : Ena, Amazon Prime
Jumlah Episod : 8
Genre : Thriller, Misteri
Pelakon : Kim Tae Hee, Lim Ji Yeon, Kim Sung Oh

Sinopsis : Mengisahkan tentang Joo-ran (Kim Tae Hee), seorang suri rumah yang kaya kepada seorang doktor yang telah menjalani hidupnya dengan selesa. Tapi semuanya berubah apabila dia mula perasan bau aneh yang muncul di tamannya dan membawanya berjumpa dengan Sang-eun (Lim Ji Yeon)

Numbers (23 Jun 2023)



Tarikh Tayangan : 23 Jun 2023 (setiap hari Jumaat & Sabtu)
Network : MBC, Viu
Jumlah Episod : 12 episod
Genre : Thriller, Misteri
Pelakon : Kim Myung Soo, Choi Jin Hyuk, Choi Min Soo, Yeonwoo

Sinopsis : Mengisahkan tentang Jang Ho-woo, seorang akauntan muda di sebuah firma akaun terbesar di Korea iaiu Taeil. Dia cuba memperbetulkan apa yang tidak elok berlaku di syarikat tersebut.

Revenant (23 Jun 2023)



Tarikh Tayangan : 23 Jun 2023 (setiap hari Jumaat & Sabtu)
Network : SBS, Disney+
Jumlah Episod : 12
Genre : Thriller, Misteri, Supernatural
Pelakon : Kim Tae Ri, Oh Jung Se, Hong Kyung

Sinopsis : Ku San-young (Kim Tae-ri) melakonkan watak seorang wanita muda yang dirasuk syaitan selepas menerima barangan yang ditinggalkan oleh arwah bapanya.

Dia kemudian berjumpa Yeo Hae-sang (Oh Jung-se) yang boleh melihat syaitan. 


Lady Durian (24 Jun 2023)


Tarikh Tayangan : 24 Jun 2023 (setiap hari Jumaat & Sabtu)
Network : TV Chosun
Jumlah Episod : 16
Genre : Fantasi Melodrama
Pelakon : Joo Mi Park, Kim Min Joon, Han Da Gam

Sinopsis : Keluarga Dan sedang mengadakan pesta di vila mereka. Gerhana bulan muncul dan tiba-tiba datang dua orang wanita dari era Joseon. 


Heartbeat (26 Jun 2023)


Tarikh Tayangan : 24 Jun 2023 (setiap hari Isnin & Selasa)
Network : KBS2, Amazon Prime
Jumlah Episod : 16
Genre : Fantasi, Romantik Komedi
Pelakon : Ok Taecyeon, Won Jin An

Sinopsis : Taecyeon memegang watak Sun Woo-hyeol iaitu separuh manusia dan separuh vampire yang ada keinginan untuk menjadi manusia sepenuhnya. 

Dia berjumpa dengan Joo In-hae seorang jururawat sementara yang menjalankan perniagaan rumah penginapan. Mereka tinggal bersama dan akhirnya jatuh cinta.


Jadi ini antara drama korea terbaru sepanjang bulan Jun 2023. Nanti kalau ada drama terbaru, iday akan tambah dalam senarai ni. 



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)