Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024

0


Tahun ini tahun yang mengejutkan ramai media, artis dan netizen sendiri apabila banyak kes perceraian artis Malaysia yang rata-rata di kalangan mereka yang agak popular.

Jadi ini adalah Senarai Artis Malaysia Bercerai Sepanjang Tahun 2024.

Kalau ada nama tertinggal, korang boleh komen di bawah.


Adira Suhaimi


Pada 23 April 2024, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red telah melafazkan cerai talak satu terhadap Adira Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Punca perceraian dikatakan tiada persefahaman. Datuk Red juga ada menjelaskan yang dia sudah muflis sejak tahun 2019 dan berterima kasih kepada isterinya kerana menutup aib.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Ketika itu Adira berusia 24 tahun manakala Datuk Red berusia 37 tahun.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.


Hisyam Hamid


Pada 23 Mei 2024, pelakon Hisyam Hamid mengakui yang dia dan isterinya Rosmawati Hanafi sudah tidak lagi bergelar suami isteri selepas 18 tahun berkahwin.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka.

Hisyam Hamid telah berkahwin dengan bekas isterinya pada 2 September 2006 dan ketika itu dia berusia 21 tahun.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Nurish Syameliah dan Hayden.

Hisyam bin Hamid dilahirkan pada 20 Oktober 1985 dan tahun ini memasuki usia 39 tahun.


Bella Astillah & Aliff Aziz




Pada 9 Mac 2024, Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap basah di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Susulan dari itu, isteri Aliff yang juga penyanyi & pelakon, Bella memfailkan permohonan cerai pada 13 Mac 2024 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Akhirnya pada 13 Jun 2024, Aliff melafazkan talak satu terhadap Bella pada pukul 1.10 petang di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Kalau nak tahu, ini merupakan perceraian kedua kerana pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 namun kembali rujuk ketika tempoh iddah.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan ketika itu Aliff berusia 25 tahun manakala Bella berusia 22 tahun.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Aliff juga bersetuju untuk memberikan hak penuh penjagaan kedua anak mereka kepada Bella.


Nora Danish


Perkahwinan selama 7 tahun berakhir, Nora Danish dan Nedim Nazri sah bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pasangan ini tidak mendedahkan punca perceraian demi keharmonian keluarga dan ingin besarkan anak-anak dalam keadaan positif.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Jejai dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal.

Sekitar Julai 2024, Nora Danish membuat keputusan untuk bertudung.

Nora Danish yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 memasuki usia 42 tahun pada tahun ini.


Harith Iskander


Selepas 14 tahun bersama, pelawak Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024.

Punca perceraian adalah tiada persefahaman dan hubungan mereka masih baik demi anak-anak.

Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Harith menyerahkan wang hantaran sebanyak RM50,000 dan cincin Carat Club.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 cahaya mata itu iaitu Zander Xayne, Alessandra Jayne dan Zydane Zayne.


Erynne Erynna


Pada 10 Ogos 2024, pelakon Erynne Erynna mengumumkan yang dia sudah bercerai dengan bekas suaminya, Afify Sazali.

Tambahnya, hubungannya dan suami tetap baik demi membesarkan anak mereka iaitu Medinah.

Punca dan tarikh perceraian tidak didedahkan.

Sekadar info, Erynna dan Afify berkahwin pada 17 April 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan Medinah yang kini berusia 4 tahun.

Dia yang dilahirkan pada 17 April 1997 berusia 27 tahun pada tahun ini.


Nora Ariffin



Datuk Nora Ariffin pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Sekitar Disember 2021, Nora mengesahkan telah berkahwin kali kedua kepada Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli.

Pada 12 Ogos 2024, Nora berkongsikan video di Instagram yang memaparkan Dr Rushdi menceraikannya dengan talak satu.

Menurut Nora, perceraian itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.

Sebulan kemudian, Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan Dr Rushdi selepas sebulan video tersebut disiarkan.

Sekadar info, Datuk Nora dilahirkan pada 26 Julai 1973 dan tahun ini memasuki usia 51 tahun.


Syamsul Yusof


Pengarah popular Syamsul Yusof dan Ira Kazar berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Ketika itu Syamsul Yusof masih lagi suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana. Syamsul kemudiannya bercerai dengan Puteri Sarah pada 14 Jun 2023.

Pada 19 Ogos 2024, Syamsul memfailkan perceraian kepada Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.

Mahkamah kemudian mengesahkan Syamsul dan Ira telah bercerai dengan talak satu pada 5 September 2024 selepas Ira melanggar taklik sebanyak lima kali melalui hantaran di media sosial.

Tempoh iddah Ira bermula 14 Ogos 2024.

Sekadar info, Mohd Syamsul bin Mohd Yusof dilahirkan pada 21 Mei 1984 dan tahun ini memasuki usia 40 tahun.


Dottie


Rupanya sudah 6 tahun hidup berasingan, pelakon Dottie atau nama sebenar Nor Syuhaida Abd Razak mengaku sudah berpisah tetapi tidak rasmi dari segi dokumen atau lafaz dengan suaminya Mohd Haffis.

Akhirnya pada 18 September 2024, pasangan ini sah bercerai talak satu di hadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Dottie juga tidak mahu mendedahkan punca perpisahan dan mengaku masing-masing ada membuat salah.

Sekadar info, Dottie dan Mohd Haffis bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 25 Disember 2016.

Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata bersama.

Dottie yang dilahirkan pada 8 Julai 1988 memasuki usia 36 tahun pada tahun ini.


Fattah & Fazura


Sekitar Julai 2024, netizen mula perasan yang Fazura dan Fattah sudah jarang dilihat bersama sehingga ada yang mendakwa rumahtangga mereka sedang bergolak.

Spekulasi hubungan mereka sedang bermasalah terjawab apabila pada 13 September 2024, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah Amin.

Pada 7 Oktober 2024, selepas 7 tahun usia perkahwinan Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu.

Fazura mendedahkan perceraian berlaku kerana Fattah curang, abai nafkah dan tiada persefahaman lagi.

Fattah bagaimanapun menafikan yang dia curang. Dia juga mengaku ada resit transaksi pembayaran nafkah kepada Fatima dan Fazura.

Untuk info, Fattah Amin dan Fazura sah menjadi suami isteri pada 17 November 2017.

Ketika itu Fazura berusia 34 tahun manakala Fattah Amin berusia 27 tahun. Jarak umur mereka adalah 7 tahun.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Fatima.


Emma Maembong


Pada 7 Oktober 2024, Emma Maembong mendedahkan dia dan suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.

Tambah Emma, dia juga sudah tamat melalui tempoh idah.

Emma enggan berkongsi butiran terperinci tentang perceraian tersebut demi menjaga hubungan masing-masing.

Fokus dia dan suami adalah membesarkan anak-anak dengan sepenuh kasih sayang.

Emma dan Shazli berkahwin pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.


Fazley Yaakob


Pada 15 Oktober 2024, penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya iaitu Azrene Soraya.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian tetapi memaklumkan sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu.

Punca perceraian tidak didedahkan malah hubungan mereka dalam keadaan baik dan hak penjagaan anak adalah bersama.

Fazley dan Azrene telah berkahwin pada 7 November 2006.

Perkahwinan selama hampir 18 tahun, pasangan ini dikurniakan 4 orang anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Fierudz Sha dan Alayna Selma.


Que Haidar & Linda Jasmine


Que Haidar mendedahkan yang dia sudah bercerai dengan Linda Jasmine pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga. 

Punca perceraian tidak didedahkan.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Pasangan ini berkahwin pada 14 Februari 2009.


Kaka Azraff


Anak saudara penyanyi popular, Ella iaitu Kaka Azraff berkahwin dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Pasangan ini dikatakan bercerai talak satu pada 28 Okober 2024 p

Pada 1 November 2024, Kaka Azraff meminta ruang dan memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.


 Jay Iswazir


Pada 2 November 2024, isteri pelakon Jay Iswazir mendedahkan yang mereka sudah bercerai selepas dua tahun berumah tangga.

Punca perceraian tidak didedahkan.

Jay dan Azzahra berkahwin pada 20 Mac 2022.

Idzham Ismail


Pelakon Idzham Ismail mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan isterinya Nur Abilah Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 4 November 2024.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Ogos 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.

Jadi ini antara senarai artis Malaysia bercerai sepanjang tahun 2024. 

Kalau ada nama tertinggal atau info kurang tepat, korang boleh komen dibawah.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)