Tahniah diucapkan kepada beregu wanita negara, Pearly Tan & M Thinaah kerana berjaya mara ke pusingan akhir Olimpik Paris 2024 dengan mengalahkan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong - Kong Hee Yong pada Khamis (1 Ogos 2024).
Pearly Tan & M Thinaah berjaya mencipta sejarah baru apabila menjadi beregu wanita pertama Malaysia yang melangkah ke separuh akhir sukan Olimpik.
Dalam satu video yang dikongsikan oleh Dato Nicol Ann David menerusi IG story menunjukkan coach Rexy sampai terduduk melutut gembira dengan kemenangan tersebut.
Memang sebak kan. Tahniah diucapkan sekali lagi buat team Malaysia!
Pearly Tan & M Thinaah dijadualkan akan menentang Chen Qing Chen - Jia Yi di pusingan separuh akhir.