Comelnya anak sulung Nabila Razali, Nik Muhammad Bin Nik Iruwan 😍
Akhirnya selepas 5 bulan, Nabila Razali dan suami, Nik Iruwan mendedahkan wajah dan nama cahaya mata pertama mereka iaitu seorang anak lelaki Nik Muhammad Bin Nik Iruwan.
Tahun ni Nabila Razali menyambut raya Aidiladha di Kelantan dan dia turut mengadakan Majlis Aqiqah Baby Muhammad.
Sekadar info, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz pada hari Sabtu jam 10.11 pagi 18 November 2023.
Selepas hampir setahun usia perkahwinan, Nabila dan suami mengumumkan berita kehamilan anak pertama pada 4 Oktober 2024.
Dia kemudiannya selamat bersalin bayi lelaki pada 23 Disember 2014 dengan berat 3.1 kg.
Nabila Razali yang dilahirkan pada 13 November 1992 dikurniakan anak di usia 32 tahun.
Apa pun, min doakan semoga keluarga kecil Nabila Razali dan suami dirahmati Allah, semoga Baby Muhammad membesar dengan sihat menjadi anak soleh penyeri hidup ibu ayah. InsyaAllah amin.