Tahniah Wanna Ali! Kini hamil 6 bulan! Alhamdulillah!😍
Menerusi perkongsian terbaru, Wanna memaklumkan berita gembira tersebut dan bakal menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Khairil Amri, tidak lama lagi.
Untuk rekod, Wanna sah bergelar isteri kepada Khairil Amri, yang juga merupakan anak kepada bekas Ketua Polis Negara pada 9 Februari 2025.






