Enter your keyword

Resepi Mudah Masak Lemak Pucuk Paku

Salam,

Siapa sini suka makan masak lemak pucuk paku? tu antara makanan favourite aku kalau pergi makan lunch dekat food court, tapi yang frustnya. jarang-jarang ada sebab kadang-kadang makcik yang masak tu tetiba datang mood malas nak masak, ataupon kadang-kadang ramai yang gelojoh makan sampai habis. Jadi, mula lar mengidam sampai termimpi-mimpi. Haha



Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa weekend la, iday balik rumah abang dekat klang untuk buat preparation semua tu lah. Pagi ahad tu kitorang pergi jalan-jalan kat GM Klang. Then masa balik rumah tu, Mak kak nor plan nak masak masak lemak pucuk paku. Punya seronok aku dalam hati. hehe. 



Sampai je rumah, terus pergi dapur, semangat nak tengok orang masak. Hehehe Iday perapkan ayam dengan kunyit garam, sebab nak goreng. So, mula la sesi mengajar iday masak.

tapi yang kelakarnya, aku boleh lupa nak snap gambar masa awal persediaan bahan-bahan and cara masak. teruk betul. tapi aku listkan dulu bahan-bahan. bak kata Mak kak nor, ni cara orang Negeri Sembilan masak. xde tumis goreng-goreng. Hehe

Bahan-bahannya adalah :

  • Santan 1 kotak
  • ikan bilis 1 gengam
  • Daun pucuk paku
  • Air sedikit , dalam separuh gelas - tapi banyak2 xbest, nanti cair
  • 1 keping asam keping
  • cili api (hijau+merah ditumbuk) - ikut masing-masing punya citarasa, nak pedas kasi lebih sikit
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit

Cara masak :

  1. Mula-mula, tuang santan 1 kotak dan sedikit air dalam kuali/periuk. Hari tu masak pakai kuali, senang nak kacau. Hehe

  2. Bila dah mendidih, masukkan cili api yang ditumbuk tadi dan ikan bilis. kacau-kacau

  3. Masukkan serbuk kunyit, nak bagi cantik kuning masak lemak pucuk paku tu nanti.

  4. Masukkan asam keping dan garam, kacau-kacau

  5. Masukkan sayur pucuk paku, kemudian kacau. masak jangan lama-lama, agak2 macam dah layu sikit tu baru angkat. 




Gambar atas ni blur sebab time ni dah gelak-gelak sebab kena bebel amik gambar banyak-banyak. Haha. Amacam, mengancam tak? lepas hidang semua, iday makan dengan ayam goreng. sedap tak ingat oi. Hahaha. 



Tengok gambar buat terliur rasa macam nak cari pucuk paku masak malam ni. Haha. sedap betul. lepas ni dah tahu masak ni, boleh lah masak kalau teringin. takyah tunggu akak food court masak. Hehe. Terima Kasih Mak Kak Nor, hehehe

Selamat mencuba. 

p/s: kalau ada idea lain, atau bahan tertinggal, tinggalkan komen yer. Hehehe :)








2 comments:

  1. Singgah sini :)

    Jemput akak singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...wahh...macam sedap jer sayur lemak pucuk paku ni...Diana belum penah lagi makan sayur lemak pucuk paku ni...InsyAllah ada masa nak cuma ler akak masak..sebab kat tempat akak banyak sayur pucuk paku ni...hehe...

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List