Resepi Diet Atkins : Chicken Parsley with Lemon Juice

3



Hey Ho!

Sejak iday menggunakan produk baru dari Power Root iaitu Per'l Xlim , iday belajar macam-macam masakan yang sihat. tapi yang simple-simple je, senang nak masak dekat dapur bujang rumah. Hehe


So, hari tu shopping dapur dengan Islam, dan iday nampak ada 1 herb ni iaitu Parsley. Korang taw ke apa Parsley? Sebenarnya masa mula-mula iday angkat packet Parsley ni, iday ingat macam ulam pucuk raja tu, lebih kurang je rupanya. hehe. So, dengan kuasa segalanya dihujung jari, ida google la, rupa-rupanya Parsley ni antara tumbuhan herba yang popular di dunia and banyak khasiatnya. 

Parsley ni ada kandungan Folic Asid which is the most important B vitamins. Dalam badan kita ni ada 1 term panggil Homocysteine, so kalau benda alah ni banyak boleh tingkatkan risiko heart attack dan stroke, ataupon diabetes dan heart disease. So, kalau amalkan makanan yang ada folic acid ni, dapat prevent la dari disease2 ni. Nak taw lagi khasiat, klik sini.

Okay, meh la kita masuk bab masak, macam mana nak masak Chicken Parsley with Lemonade Juice ni. very the simple, x ambil masa lama pon. Mula-mula sediakan bahan seperti di bawah :


Gigih taw edit bagi comel macam ni, haha. comel ke? angguk2! Okay, jom start masak yer. 

1. Mula-mula, cincang bagi halus ayam dan daun parsley tadi tu. Kalau malas nak cincang ayam tu, blend pon boleh, tapi iday cincang-cincang je sampai halus.


2. Lepas tu, campurkan kedua-dua bahan ni, gaulkan sebati, nak guna senduk boleh, tapi iday lagi suka tangan. ala-ala macam nak buat kuih raya tu. hehe.


3. Perahkan lemon juice tu. Ikut korang nak banyak mana, iday letak sepotong lemon, sebab iday suka rasa lemon tu. hehe


4. Bentukkan macam daging burger tu, or ikut la korang nak bentuk macam mana, yang penting masa goreng nanti xpecah, oh, kalau nak grill pon boleh, iday goreng dengan planta margerine, letak sikit je, tu pon sebab xnak bagi dia lekat kat kuali, nak lagi sihat, korang grill. hehe. atau guna olive oil ke.


4. Masa tengah goreng/grill tu, korang taburkan black pepper, ingat! both sides taw, baru la ngam and sedap. hehe


5. Bila dah chicken parsley kita dah kuning-kuning, cantik and dah sepenuhnya masak, boleh angkat dan makan dengan daun salad. Nyam nyam! tak payah letak sos or sebarang bahan perasa sebab dah diyakini sedap. hehe


Nyam nyam! sedap tak, best gile kalau makan dengan salad, alaaa, balut2 dengan salad macam ala-ala Korea tu. Boleh rasa jus lemon dalam setiap gigitan, lagi2 rasa herb parsley tu. Sedap-sedap! dah jadi my favourite dah. Hihi,

Cuba laaaaa :)

p/s: Nak tengok resipe2 lain yang iday masak klik sini . Bukan terer pon, orang bujang masak je. Haha


Tags

Post a Comment

3Comments
  1. menu diet ke neh?hehe nak cuba lah iday...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, lebih kurang la. haha. makan ni pon dah kenyang sebenarnya, then makan pulak dengan daun salad, best! :)

      Delete
  2. wahhh...diet btol nih...hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment