Alhamdulillah hari ini 10 Mei 2023, Misi Rakyat iaitu tabung rasmi yang mengumpul dana untuk membantu baby Naail berjaya mencapai target RM9 Juta.
Founder Misi Rakyat iaitu Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi turut berkongsikan berita baik tersebut menerusi satu video di laman Instagram miliknya.
Kelihatan dia menangis kerana terharu dengan kebaikan rakyat Malaysia yang sudi menderma untuk baby Naail.
Wang RM9 juta itu sebenarnya digunakan untuk mendapatkan rawatan injection Gene Therapy Zolgesma yang berharga RM9 juta untuk sekali seumur hidup sebagai ikhtiar menghentikan kemerosotan otot.
Baby Naail mengalami lemah otot dan kepayahan bernafas akibat menghidap Spinal Muscular Athropy (SMA) Type.
Kalau nak tahu, baby Naail ni sebenarnya anak saudara pelakon popular, Fattah Amin.
Alhamdulillah, sama-sama kita doakan kesembuhan buat baby Naail.