Enter your keyword

Mat Periuk Cafe @ Ipoh, Perak | Food Review



Mashed Potato @ Mat Periuk Cafe

Siapa pernah makan dekat Mat Periuk Cafe @ Ipoh ni? Memang puas hati kan. Serius MURAH dan SEDAP! Kalau korang datang Ipoh, memang kena singgah dekat Mat Periuk Cafe ni. 




Macam mana iday tahu tentang Mat Periuk Cafe ni? Hehehe

Sebenarnya masa tengah plan-plan nak pergi road trip ke Ipoh dengan Lin, iday tengok jalan-jalan cari makan dekat TV3 tu. Sekarang Abang Naz yang jadi pengacara. Masa tu kebetulan diorang tengah buat review tentang Mat Periuk Cafe. Bila iday tengok, eh macam sedap pulak. Tu yang nak try bila datang Ipoh. 

Cerita pasal Road Trip Ipoh, nanti-nantilah update kat blog ye. Haha Sekarang mood nak share kedai makan best dekat Ipoh. 

Korang taw tak sebenarnya banyak sangat kedai unik or cafe' yang ada dekat Ipoh ni? Iday ada google and sebenarnya ada 81 kedai or Cafe' dekat Ipoh ni. Hahaha

Okay dah, jom cerita tentang Mat Periuk. 




Hipster? Tema Mat Periuk ni hipster kot, sebab kalau tengok pemilihan meja kayu and kerusi unik. Maybe sebab nak tarik peminat bebudak sekarang yang ramai jadi Hipster. Tapi memang sesuai untuk lepak dengan family and kawan-kawan sebab tempat duduk memang banyak. 




Sebelum kita cakap pasal Mat Periuk Cafe dan makanannya, meh kenalkan mereka-mereka yang kali pertama nak cuba makanan dekat Mat Periuk Cafe. Hehehe


Yang pertama, mastermind trip. Dia la yang fikir tempat nak pergi dan budget. Kenalkan, Lin. hehehehe 




Suami saya, Islam. Dia tak available. Penuh Quota (Iday,Ali,Hiro,Maya)




Perempuan tak reti nak senyum elok, aku.




Penyeri dan tempat bermanja, Via.




Errr. Fadh? Hahahaha ni penghibur sepanjang trip.




Masa kitorang datang ni, sebenarnya dah ramai orang. risau takde tempat. 








Mula-mula order air, 




Gelas mestila pelik2 bentuknya, kata Hipster. Hehehehe




Iday minum air bandung cincau or nama kat sini, Air Bandung Cinta Sayang. Harga untuk 1 gelas ni adalah RM4.50. Kalau Orange Juice kat sini pulak RM3.50 . 


Sementara tunggu makanan siap, Fadh order Mashed Potato. Sedap! :)



Islam and Lin order Mix Grilled Platter, hidangan tu ada sosej, lamb chop, chicken grilled, ikan dori, mashed potato dan salad. Besar taw portion diorang. Boleh teka tak harga hidangan ni?



satu hidangan ni adalah RM16.90 . WHAT!? Murah kannnnnn. 



Hahahaha  Sos Black Pepper dia memang sedap! Iday suka lamb dia jugak. Kenyang okay, dah la murah then macam-macam ada. 



Via pulak order Penne Carbonara. Ni salah satu hidangan yang Abang Naz review masa dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Tengok Abang Naz berselera makan. Bila Via order ni, boleh la kita merasa. Hehehe


Nampak tak kuah creamy dia. Memang sedap dan tak muak. 


Harga untuk 1 hidangan ni adalah RM10.90. Murah-murah la makanan dekat Ipoh ni. Haha



Fadh pulak order Chicken Maryland,



Kurang berminyak taw, ada salad, fries, banana goreng and chicken chop. Oh ada Black pepper sauce jugak.  Harga untuk 1 hidangan ni adalah RM10.90.


Iday order apa? Hahahaha Iday ambil paling mahal kat kedai tu, iaitu Ribs Eye Steak dengan harga RM24.50. Mahal tak? Hahaha Iday pernah try satu kedai kat KL, jual dengan harga RM40++ . 



Iday ambil medium-well and memang juicy sangat. Makan pulak dengan Black Pepper Sauce diorang. Hehehe



Hidangan ni ada Mashed Potato dan Salad. Daging dia lembut and tak susah nak gigit. Iday suka :)



So masing-masing start makan. Semua senyap je time makan. Hahaha











Orang cakap, nak taw sedap or tak sedap kedai tu. Kena tengok macam mana rupa pinggan lepas makan. Hehehehe

Kalau macam ni?





Memang sedap la tu. Serius, kitorang puas hati. Dengan service bagus dan cepat, makanan sedap, harga murah. Memang best la. Hehehe

Rupa-rupanya owner Mat Periuk Cafe ni adalah Chef Kamarul. Hahaha Patut la sedap. 

Okay berapa total kitorang habis dekat Mat Periuk Cafe untuk 5 orang makan ?


Tiada service tax and GST taw. Memang berbaloi.

Takkan nak makan sorang kan, meh Iday share tentang Mat Periuk Cafe ni. Hehehee

------------------------------------------
Mat Periuk Cafe 
A philosophy of Chef Kamarul

Address :
Lot 22241, No.40 Hala Tasek Timur 11, Kampung Tersusun Tasek, 31400 Ipoh, Perak

Opening Hours :
4:00 pm - 12:00 am
Wednesday closed

Services :
Takes Reservations, Walk-Ins Welcome, Good For Groups, Take Out, Catering and Outdoor Seating

Phone Number :
0175725579




4 comments:

  1. Murah ke kedai ni??? Harga teh ais dia rm 2 lebih kot..., kalau sedap x pe la..., tp ceroiii@tawaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah compare tmpt mkn yg kitorang pergi sblum ni, iday tak order teh so taktaw. Tapi menu2 yang kitorg order ni mmg sedap dan murah. Masing2 punya experience. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

      Delete
    2. Murah compare tmpt mkn yg kitorang pergi sblum ni, iday tak order teh so taktaw. Tapi menu2 yang kitorg order ni mmg sedap dan murah. Masing2 punya experience. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

      Delete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List