Resepi Salted Butter Chicken Mudah Dan Sedap

0

Kisahnya,


Minggu lepas, kawan iday pergi Bali untuk honeymoon. So, dia ada makan dekat 1 kedai ni hidangkan Ayam Goreng Telur Masin. Bila tengok gambar, alahai sedapnya! Terus rasa nak buat. Hehehe



Update : Kalau taknak salted egg/telur masin and nak resepi butter chicken je. Jangan letak telur masin tu. Resepi sama je okay :)


So, iday google resepi Ayam Goreng Telur Masin. Rupanya senang je nak buat. Bahan-bahan pon tak rumit. Hehehe So iday ajak Islam untuk shopping barang masak. Iday kan suka masak. Before ni dah banyak jugak resepi yang iday dah try. Boleh click link bawah untuk resepi lain :





Resepi asal ada daun kari dan cili. Tapi disebabkan ida tersilap beli limau purut, so tak letak sebarang daun. Kang letak daun limau purut, lain pulak rasanya. Hehehe


Ida tak letak cili, sebab Islam tak suka pedas. Kalau korang nak letak pon boleh.


Bila 2 jenis ni tak letak, jadilah Resepi Mudah & Simple Ayam Goreng Telur Masin. :p


Bahan-bahan:


Ayam - Iday guna 6 ketul bahagian Paha and potong 2


Tepung Goreng - Ada yang guna tepung jagung, tepung gandum la, iday guna tepung goreng ayam. Hehehe


6 biji bawang putih - dicincang halus


3 biji telur masin - ambil bahagian kuning sahaja, dan dilenyek.


½ tin Susu Cair - iday letak banyak sebab nak kuah. Hehehe


4 sudu Mentega


1 sudu Minyak


Garam secukup rasa


Cara-cara nak masak :


Sorry tiada gambar step by step, tapi jangan risau, senang je nak masak. Hehehe


  1. Goreng Ayam. Gaul ayam dengan tepung goreng ayam tu. Macam iday, iday guna tepung adabi, so kena celup telur dulu baru salut dengan tepung then goreng.
  2. Lepas je Ayam dah siap goreng, letak tepi dulu ayam goreng. Kita nak buat kuah.
  3. Panaskan kuali dan letak 1 sudu minyak.
  4. Then letakkan 4 sudu mentega. Kacau-kacau.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bawang putih sehingga naik bau.
  6. Masukkan telur masin, kacau-kacau
  7. Tuangkan susu dan kacau sehingga berbuih.
  8. Boleh letak garam secukup rasa.


Lepas dah berbuih kuah, dah pekat. Korang ada 2 option untuk hidangkan Ayam Goreng Telur Masin ni.


  1. Tuangkan kuah atas Ayam Goreng tadi.
  2. Masukkan Ayam Goreng ke dalam kuali yang ada kuah , gaulkan ayam dengan kuah biar sebati dan hidang.


Ida guna option B, tapi next time nak masak lagi, nak pakai option A. Simple kan?? Nanti boleh try masa bulan puasa. Hehehe



Islam cakap, ni antara masakan iday yang paling sedap dia makan. Terharu kita. Siap boleh lawan sambal petai and Tomyam Santan iday lagi. Hahahaha


Jangan lupa cuba okay. Hehehe

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)