[LIVE] Bola Sepak Semi-Final Sukan SEA 2017 : Malaysia VS Indonesia

2

Hi korang! 

Tahun ni kan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, semestinya Iday sebagai rakyat Malaysia memberi sokongan 100% terhadap Malaysia terutama sukan bola sepak. 


Kali terakhir kita menang pingat emas untuk bola sepak B-22 pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia. Iday masa tu tengok live dekat rumah and memang happy bila kita menang. Iday harap tahun ini kita berjaya bawa pingat emas untuk sukan bola sepak tahun ini.

Keputusan undian bola sepak kali ini menempatkan Malaysia di kumpulam A bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.



Update

→ Minit ke 35.11 : Masih lagi seri dengan 0-0

→ Separuh masa pertama tamat, keputusan 0-0
→ Gol pertama buat Malaysia pada minit ke 86:01!
→ Wisel tamat dan Malaysia menang! 
Malaysia akan menentang Thailand pada final Bola Sepak Sukan SEA 2017!



credit imej : https://twitter.com/TeamMsia

Korang boleh tengok LIVE perlawanan antara Indonesia dan Malaysia di video di bawah, Malaysia gol pada minit ke 86:01 :









Jumpa di Final! Alhamdulillah! Memang dekat akhir-akhir game Malaysia dapat score! :)

Pungutan pingat setakat pukul malam ini adalah Malaysia di tempat pertama dengan jumlah pingat emas adalah 195.

Korang boleh check carta pungutan pingat di link ini : Kedudukan, Carta Dan Kutipan Terkini Pingat Sukan SEA 2017

Iday harap Malaysia jadi juara tahun ini! Semangat berkobar-kobar ni. Hehehe

Korang sokong sukan apa?

Tags

Post a Comment

2Comments
Post a Comment