Resepi Mudah Ayam Panggang Rosemary

0

Salam Ramadhan :)

Korang mesti kenal Fatin Liyana kan? Ala blogger cantik yang baru je selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ni. Iday antara pembaca blog Fatin Liyana yang setia. Every update dekat blog Fatin Liyana mesti iday baca. 

So, entry last Fatin Liyana adalah resepi Ayam Panggang Rosemary. 




Alahai tengok cara masak, senang dan simple. Bahan-bahan nak buat pon mudah nak dapat and beli. Tengok je la gambar Ayam Panggang Rosemary Fatin Liyana yang telah masak. Sedap! Hehehe Baru tengok, belum rasa :p



Bila tunjuk dekat Islam, Islam terus suruh masak. Dia cakap : 

"Kalau sayang saya, awak masakkan"

Amboi, kemain dia nak main ugut-ugut. Hehehe tapi iday memang nak masak pon. Disebabkan resepi Fatin Liyana ni simple, so memang mudah la penyediaan bahan2 tu. Hehehe


Kalau ikut resepi Fatin Liyana, ada 2 jenis campuran bahan :

Bahan A : segala rempah ratus digaul iaitu :

+ 1 sudu kecil Rosemary (aku letak lebih. Hehehe)
+ 1 sudu kecil Lada Hitam
+ 1 sudu kecil Jintan Putih
+ 1 sudu kecil Jintan Putih

Bahan B : Kena blend semua bahan ni

+ 1 biji bawang besar
+ 5 ulas bawang putih
+ 1 inci halia
+ 4 sudu kecil gula
+ 4 sudu kecil madu
+ 4 sudu kecil olive oil
+ 4 sudu kecil perasa pati ayam
+ Garam secukupnya
+ Sedikit serbuk kunyit untuk memberi warna
+ Sedikit air sekadar memudahkan proses blend (yang ni iday ganti dengan air rebusan ayam sebab kebetulan buat sup ayam Hehehe)

so, Iday campur kedua bahan ni and gaul dekat ayam. Iday perap dari pukul 12 sampai pukul 5. Pukul 5 baru iday start bakar dalam double sided pan.



Iday tak masak semua, iday masak untuk 2 orang makan. Yang lain-lain iday biar perap dalam peti ais. Esok boleh bakar lagi. Hehehehe Jimat tak perlu beli Ayam Golek kat Bazar Ramadhan :)



Silap iday sebab letak air perap tu sikit sangat. Kalau letak banyak, mesti dapat kuah perap tu. Memang sedap! Ayam lembut, moist bak kata Fatin Liyana. Hehehe Serius simple and senang sangat nak buat Ayam Panggang Rosemary Resepi Fatin Liyana ni.



Islam pon suka  bila dapat makan Ayam Panggang Rosemary ni. Thanks Dr Fatin Liyana sebab share resepi. Thanks to Happy Fresh jugak sebab memudahkan iday nak cari bahan2 untuk masak Ayam Panggang Rosemary ni. Hehehehe

Korang boleh try jugak okay! Hehehe


Selamat mencuba resepi Ayam Panggang Rosemary Fatin Liyana ye :)



Kredit resepi : Blog Fatin Liyana


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)