Enter your keyword


Resepi Sup Ayam Paling Mudah, Cepat dan Sedap



Hi


Iday nak share resepi mudah Sup Ayam yang cepat dan sedap. Bahan yang diperlukan pon tak banyak dan senang. Sebenarnya banyak je resepi sup ayam yang ada, tapi yang ni paling mudah bagi Iday. hehe

Bahan-bahan yang diperlukan :
Ayam yang dipotong sederhana
 2 cili yang dipotong
 Sayur pilihan - Iday pilih lobak, tomato dan kentang
 Halia yang dipotong kecil-kecil
 Bawang putih dicincang halus
 Daun sup
 Sup Bunjut
 Garam secukup rasa
 Kiub ayam - optional, kalau nak lagi sedap boleh letak, tapi iday tak letak pon. 



Okay dah setel bahan-bahan, so cara nak masak pulak :)




Cara memasak :

1. Mula-mula tumiskan halia dan bawang putih sampai wangi. 


2. Kemudian masukkan sup bunjut. Iday memang suka guna Sup Bunjut Adabi. Memang senang. Biasanya Iday beli set jimat Sup Bunjut Adabi. 

3. Kemudian tambah ayam, kentang dan air. Kacau sikit, kemudian biarkan. Kalau ada kiub ayam, boleh letak kiub ayam sebagai penambah rasa. 

5. Masukkan daun sup dan garam secukupnya. Kemudian biarkan sehingga ayam masak.

4. Akhir sekali boleh la letakkan sayur-sayuran dan cili potong. 

Ida ada tambah lada hitam jugak. hehe


Dah boleh hidang dah. Panas-panas makan dengan nasi and sambal belacan. hehehe


Ni resepi paling mudah bagi Iday sebab tak perlukan bahan yang banyak. Kalau korang ada cara masakan lain, boleh share di komen bawah ye. Atau kalau korang dah cuba resepi ni, boleh juga komen. Hehe

Kalau suka resepi ni, boleh la share! :)

Korang boleh check resepi lain di link ini : Resepi Blog Sayaiday


Selamat mencuba! :)





Others Post




6 comments:

  1. sedap sangat..suka buat sambal kicap sekali..memang ummphh

    ReplyDelete
  2. garam gula nk letak bila? berapa agak2 nye nak letak?
    im a guy..x reti sangat..tengah belajar nk masak bujang
    harap membantu..hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, garam boleh letak lepas letak daun sup. kira paling last. gula jangan letak. agak2 setengah sudu kecik tu. then rasa-rasa. hehehe

      Delete

Follow My Instagram

Blog Archive