Enter your keyword


Sponsored Video: xXx: Return of Xander Cage | IN CINEMAS 26 JANUARY



Okonomi - Custom Sushi Place @ Publika


Kalau nak makan sushi sedap atau custom sushi place, boleh cuba makan di Okonomi @ Publika!


Iday tak tahu bila iday start suka makanan jepun tapi I'm glad that Islam(my husband) pon suka. So, every payday mesti reward diri sendiri dengan makan sushi. Nasib baik dekat Malaysia ni banyak restoran makanan jepun. Hehehe

Hari tu iday terbaca blogpost Yuyu Zulaikha, yang dia ada pergi 1 restoran ni and boleh pilih bahan-bahan untuk sushi kita. Kiranya we choose the ingredient then diorang akan buat untuk kita. Interesting kan. 

So, Iday nak share la pengalaman makan dekat Okonomi Publika ni. Kot-kot la lepas ni korang pula datang makan dekat sini. Hehehe


Akak memang serius kalau pilih makanan. Hahaha





Nanti akan ada 1 form, korang akan buat pilihan la. Apa bahan-bahan yang korang nak, jenis nasi, jenis sushi, topping atau sauce. Nanti staff Okonomi akan explain, so jangan risau. Hehe


And hari tu memang iday pilih ikut suka hati je bahan-bahan and topping. Hahaha



Sos yang iday pilih adalah Mayonis and topping pula adalah Parmesan Cheese. Hmmm, aku tak tahu apa aku fikir masa ni. Hahaha




Bila dah siap isi form, nanti chef akan buat sushi berdasarkan apa yang kita pilih. Iday syak, chef yang buat iday punya sushi nanti fikir, "apa la perempuan ni pilih" Haha



Sementara pilih custom bahan-bahan untuk sushi iday tadi, sebenarnya Islam ada order makanan lain. Dia minta staff Okonomi cadangkan menu baru yang best dekat situ. 


Menu baru yang memang ramai orang order dekat situ adalah Sweet & Spicy Prawn


OMG yang ni memang sumpah sedap! HAHA





Before order  Sweet & Spicy Prawn, staff Okonomi tanya, boleh makan pedas tak? Then, iday memang suka pedas and islam pon macam nak berjinak dalam dunia makanan pedas ni, so kitorang pon okay je la. Hehehe

Tapi serius sedap, suka sangat dia punya sos. Then ada hirisan cili api okay. Hehehe


Pedas ke? 


Memang pedas, tapi pedas yang okay-okay. Pedas yang sedap-sedap. Hehehe


 Sweet & Spicy Prawn ni sebenarnya urumaki sushi, seaweed, white rice, japanese cucumber, ebi prawn, crispy coral lettuce, boiled egg, chilli dan sweet & spicy sos.




Muka Islam cuak masa mula-mula makan. Hahaha Tapi last-last berebut juga la dengan dia. Hehe 




Iday memang recommend dekat korang untuk cuba  Sweet & Spicy Prawn ni. Hehe Harga untuk satu hidangan ini adalah RM25.90. Berbaloi okay!


Then kitorang ada order Teriyaki Chicken. Tengok gambar dekat menu macam sedap, so kitorang saja nak try. Hehehe





Masa ni cakap dekat Islam, cepat la ambil gambar sebab tak sabar nak makan. Haha







Isi ayam tanpa tulang dan diperap dan dimasak bersama Teriyaki sos. Memang sedap! Korang boleh macam macam tu je atau makan dengan nasi. Tapi iday makan macam tu je. Memang manis-manis teriyaki tu ada and sedap.



Nak tahu best ke tidak?

Sampai licin ye akak makan. Hahaha Harga untuk 1 hidangan Teriyaki Chicken ini adalah RM15.90. 




Last makanan yang kitorang order adalah Katsu Chicken Burger. Islam la nak try. Hehe Oh, kalau nak tahu menu ini adalah antara menu baru dekat Okonomi ni. Ada 3 jenis burger iaitu Spicy Prawn Burger, Katsu Chicken Burger dan Salmon & Avocado Burger. 



Islam memang suka Katsu Chicken Burger sebab dia yang habiskan. 

Yang kelakar, iday siap tanya staff Okonomi, macam mana nak makan Katsu Chicken Burger ni, makan  macam makan burger ke. Hahaha Tak boleh sebenarnya, kena guna sudu. Hehehe


Then, iday punya custom made sushi dah sampai. Actually cepat je sampai. Terer lac chef dekat Okonomi ni, dia memang follow apa yang iday nak nak. Iday ingatkan macam messed gila sebab bahan-bahan yang iday pilih macam ikut suka hati je. 


Sekali dia buat cantik and sedap. Hahaha




Serius menepati apa yang iday nak. Time ni memang rasa nak order lagi custom made sushi tapi dah kenyang. 






Then iday tengok menu diorang, memang banyak pilihan best. Iday memang akan datang lagi and cuba menu lain. Disebabkan kitorang dah kenyang, kitorang order dessert je. Tapi tak la dessert sangat sebab apa yang kitorang order ni more to breakfast. Haha






Coklat dia banyak sangat-sangat. Memang puas hati la makan hari tu. Cicah pula dalam aiskrim vanila. Memang ngam la. Hehehe




Iday syorkan korang order ni untuk breakfast. Hehe


Paling best, korang boleh order ini je kalau korang tak nak makan sushi. Bawa pasangan or anak-anak mesti diorang suka. Hehe






Overall, iday memang suka dengan makanan dekat sini, staff pun layan okay. Then dekorasi restaurant pon simple and banyak seat. 









Ada open kitchen so korang boleh tengok penyediaan sushi kalau korang nak. Iday ada tengok, and kerja diorang memang cepat. Hehe



Kalau dapat Publika untuk lunch or dinner or lepak with friends boleh la makan di Okonomi. Makanan best dan harga pon berpatutan. 


Lokasi : 

Okonomi 
A4-G2-02 Solaris, Dutamas, 
No.1 Jalan Dutamas, Publika KL. 
- Sebelah Old Town white coffee
- Opening Hours: 10am – 11pm Daily

Instagram : https://www.instagram.com/okonomifoods/

Facebook : https://www.facebook.com/OkonomiFoods/



Iday ada jumpa website lain buat review with different menu, boleh check link dibawah :


Okonomi @ Solaris Dutamas, Outside Publika
OKONOMI @ PUBLIKA, SOLARIS DUTAMAS (REVISIT)
OKONOMI (NEW MENU 2016) @ PUBLIKA
OKONOMI @ SOLARIS DUTAMAS




Korang pernah datang sini? 

3 comments:

  1. Sedapnya Ida Okonomi nama pun dah unik nak pergi lah sini bestnya...

    ReplyDelete
  2. Biasa tgk orang makan shusi rasa kembang tekak.. Tapi bila tengok Sweet & Spicy Prawn tu, lahai berselera pulak.. dushhh!!

    ReplyDelete

Followers

Blog Archive

My Blog List