Enter your keyword

Senarai 4 Produk Hilangkan Parut Terbaik di Dunia


Hi

Parut ni adalah salah satu mimpi ngeri setiap manusia. Hanya kerana parut, keyakinan diri seseorang tu boleh terjejas. Iday sendiri pernah berhadapan dengan masalah parut. Tapi bukan Iday la, adik Iday yang mempunyai parut jerawat pada wajahnya. Banyak produk yang dia dah cuba sebelum ini. Kebanyakkan tidak memberi kesan baik.


Last-last, Iday tolong adik Iday dengan buat research tentang produk-produk yang dapat hilangkan parut terbaik di dunia. Kiranya produk-produk ini memang dipercayai oleh semua orang dan banyak testimoni hebat yang berjaya dengan hasil penggunaan produk-produk ini. 

Berikut adalah senarai 4 produk hilangkan parut terbaik di dunia dan Iday harap berguna untuk korang yang ingin mencari produk yang sesuai untuk hilangkan parut. InsyaAllah okay! :)

1. Bio Oil

Produk ini memang tidak asing lagi, lagi-lagi pernah muncul di kaca tv. Bio-Oil membantu memperbaiki kesan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata. Ia juga berkesan untuk penuaan dan kulit kering.

Bio-Oil diformulasikan untuk membantu membaik penampilan parut, namun tidak boleh menghapuskannya.



Bio-Oil harus disapu pada parut dua kali setiap hari, bagi tempoh minimum 3 bulan. Pada parut baru, Bio-Oil harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka. Produk ini boleh didapati di farmasi. 

Dari testimoni, ramai customer berpuas hati dengan produk ini kerana berbau wangi dan mampu mnghilangkan parut, tetap WAJIB follow panduan menggunakan produk ini secara betul.

2. Dermatix

Dermatix menggunakan teknologi silikon untuk membantu mengurangkan kemunculan parut. Datang dalam bentuk gel form. Korang hanya perlu letakkan gel di bahagian parut dan biarkan ia kering sehingga 4-5 minit. Gunakan Dermatix sehingga sekurang-kurangnya 2 bulan. 



Dari review, ramai yang dah cuba dan parut mula hilang seawal 2 bulan. Korang boleh dapatkan produk ini di farmasi terpilih dan online ye.


3. Azanis Scar Serum

Azanis  Scar Serum dirumus khas untuk menghilangkan atau mengatasi masalah parut. Produk ini mengandungi 100% Vitamin-E semulajadi yang dirumus khas dari soya. Soya ni lebih kepada anti -oksidan dan mempunyai daya serapan yang lebih baik. Cocoa Butter pula memang bahan yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah parut jerawat


Hanya perlu sapu sedikit Azanis Scar Serum pada permukaan parut. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan. 

Untuk parut cacar dan terbakar , tunggu sehingga tanda telah kering sebelum menggunakan Azanis Scar Serum. Untuk parut pembedahan, tunggu sehingga luka telah sembuh/tertutup dan jahitan dikeluarkan sebelum memohon Azanis Scar Serum.

Iday belum cuba Azanis Scar Serum ni lagi tetapi kawan Iday dah pakai and dia cakap memang berkesan dan cepat dalam menghilangkan parut. Iday ada check testimoni produk ni jugak, ramai yang pakai and berpuas hati dengan kesan Azanis Scar Serum kerana lebih pantas dan cepat

Produk ini boleh didapati dengan mudah di farmasi-farmasi dan juga online. 

4. Mederma

Mederma mampu merawat pelbagai jenis parut, termasuk parut jerawat, parut pembedahan, dan parut dari luka bakar, luka, dan kecederaan lain. Parut baru mengambil masa sekurang-kurangnya 8 minggu untuk hilang manakala parut lama ambil masa 3-6 bulan.


Mederma dirumus dengan ekstrak cephalin yang juga digunakan untuk merawat jerawat dan memberikan kulit yang lembut licin serta membantu pengurangan parut. 

Dari testimoni, ada pengguna yang berpuas hati kerana kesan parut mula hilang selepas 2 bulan walaupon mengambil masa yang lama untuk hilang. 

------------------------

Keempat-empat produk ini adalah produk yang memang terbukti berjaya menghilangkan parut. Memang ramai yang dah guna dan beri feedback positif

InsyaAllah akan datang, iday akan buat review setiap 4 produk hilangkan parut ini and tengok sendiri keberkesananya. Ada produk lain yang korang rasa boleh hilangkan parut? Boleh komen ye. 

So, dari keempat-empat produk ini, mana yang korang dah guna? Boleh share di ruangan komen dibawah ye :)






azanis scar serum, produk hilangkan parut, bekas luka, scar serum, the best scar serum, hiruscar berkesan ke, hiruscar testimoni, berkesan ke hiruscar, testimoni mederma, bio oil hilangkan parut, dermatix hilangkan parut, ubat parut jerawat yang paling berkesan di farmasi, palmer's scar serum review, cocoa butter formula vitamin E scar serum




1 comment:

  1. Anak sis memang banyak parut, org kata Azanis bagus..tak sabar nak cuba

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive