Resepi Ikan Singgang Mudah dan Cepat



Resepi Ikan Singgang Terengganu Mudah dan Cepat | Membesar di Terengganu memang akan biasa dengan masakan Ikan Singgang. Itu memang favorite Iday sejak dari kecil. Antara makanan yang Iday takkan pernah bosan, lagi-lagi kalau mak yang masak. :)

Lagi sedap bila makan dengan nasi putih panas, ulam-ulaman dan budu. Memang Terengganu style habis. Hehe

Tapi bila dah kahwin ni, takkan masih mengharap pada mak. Kena la belajar masak Ikan Singgang sendiri. Nasib baik resepi Ikan Singgang ni sangat mudah dan cepat



So, hari ini Iday nak share resepi Ikan Singgang cara Terengganu yang Iday belajar sendiri dari mak. :)


Bahan-bahan yang diperlukan :
Dua ekor ikan tongkol yang telah dipotong *korang boleh guna Ikan Tongkol, Selar Kuning atau Kembung
 1-2 cm lengkuas 
*Mak iday letak  ikut rasa dia hahaha
 1 cm kunyit hidup

 5-6 ulas bawang di potong nipis
 1/2 bawang besar di potong nipis
 1 asam keping
 2-4 biji cili padi
 4-5 bendi (optional)
 Garam secukup rasa


Kalau takde asam keping boleh guna asam jawa tapi iday lagi suka asam keping. Masam-masam kuah sedap! Hehe









Cara Memasak Ikan Singgang :

1. Masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk : Asam keping, bawang, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup



2. Masukkan air, lebih kurang separuh periuk. Agak-agak la, kalau ikan banyak letak air banyak, kalau sikit, letak air sikit. Hehehe


3. Masak air dan bahan-bahan tadi sehingga air mendidih.




4. Kemudian masukkan ikan ke dalam air rebusan bahan-bahan tadi. Paling penting, pilih ikan yang segar. Supaya akan rasa manis ikan dalam kuah singgang nanti.





5. Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan sehingga ikan masak.


6. Perlahankan api, kemudian masukkan bendi dan cili api. Cili api tak perlu potong, boleh letak macam tu je.



7. Agak-agak ikan dah masak and rasa masakan dah sedap, so siap! Alahai senang sangat nak masak Ikan Singgang ni sebenarnya. Hehehe



Dah boleh makan panas-panas dengan nasi putih, ulam-ulaman dan budu. Memang bertambah-tambah la nasi nanti. Hehehe

Kadang-kadang Iday buat macam bubur kuah singgang. Sedap! Hehehe


Selamat mencuba! Hehehe 



Nota SayaIday :


Kalau korang suka resepi ni, korang boleh share ye! :)

Kalau ada cara masakan lain atau dah cuba resepi ni, boleh komen di ruangan komen di bawah :)

Terima kasih kerana singgah dan baca artikel Resepi Ikan Singgang Mudah dan Cepat  ini. 

Jangan lupa like Facebook Page Iday dan Follow my Instagram :)






Others Post




4 comments:

  1. kena pulak ada sambal belacan..memang tak pandang orang lain lalu dah..akak mmg suka buat singgang ni

    ReplyDelete
  2. Owhh..Ikan singgang antara menu kesukaan Nany juga. Sedap tau kalau dapat hirup kuah dia. Fuhhhh! lagi satu, menu ni senang dan menyihatkan. Memang terbaik sangat untuk sesiapa yang sedang dalam diet yang sihat. Eat clean gituh...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...akak pun suka masak singgang macam ni..makanan sihat..x melibatkan minyak kan...

    ReplyDelete
  4. nice.
    singgang tganu ni.
    beza skit dgn singgang resepi mak aida.
    but sure sedap ni!

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive