Enter your keyword


Gesel Gigi Ketika Tidur



Siapa yang pernah gesel gigi semasa tidur?

Sebenarnya, Iday baru je tahu yang Iday ada tabiat gesel gigi ni and Iday sangat risau kalau tabiat ni tak hilang. Kita yang tidur memang takkan sedar tapi orang yang tidur dengan akan rasa ngilunya. 


Bila Iday tahu yang Iday ada tabiat macam ni, rasa malu lagi-lagi kalau tertidur dalam bas. Iday ada baca yang orang cakap, orang yang ada tabiat gesel gigi ni banyak cacing. Iday pon tak sure betul ke tak. Ada juga yang cakap, sebab letih dan banyak tekanan. So, kena selalu amalkan selawat sebelum tidur dan dapatkan rehat yang betul.


Iday start tahu yang Iday gesel gigi ketika tidur dari adik iday. Shida, kawan serumah Iday pon perasan yang Iday gesel gigi ketika tidur. Tuan punya badan takkan dengar sebab tuan badan tidur Hahaha


Sebenarnya penyakit waktu tidur ni ada nama saintifiknya dalam perubatan iaitu Bruxism :

Bruxism ini memang ada dalam perubatan, cuma usually tindakan akan dibuat jika ia mengganggu kehidupan ataupun aktiviti harian - definition of sickness.

Jadi, kalau ia tidak mengganggu aktiviti harian, biasanya pengamal perubatan takkan buat apa2, atau hanya bagi reliever sahaja.

Contohnya,  kalau sampai menyebabkan sakit rahang/jaw muscle, maka rawatan perlu dicari.



#Artikel ni sebenarnya artikel lama. Iday tulis tentang penyakit gesek gigi ni tahun 2010.

Alhamdulillah, sekarang Iday dah takde masalah penyakit gigi gesel ni. Tapi Iday ada buat sedikit research tentang Penyakit Gesel Gigi atau Bruxism. Korang boleh check info dibawah.


Penyebab Bruxism/Gesel Gigi


70% dari mereka yang ada Bruxism kerana keletihan dan stress. Bruxism juga dikaitkan dengan OSA itu gangguan pernafasan ketika tidur. Bruxism juga terjadi kerana side effect dari pengambilan ubat. 


Cara lifestyle korang juga boleh jadi penyebab Bruxism, antaranya :


- kerap minum minuman keras

- merokok
- mengambil dadah (ecstasy and cocaine)
- caffeine addicted

Dari sebab-sebab di atas, iday rasa iday kena Bruxism sebelum ni sebab letih dan stress sebab kerja. Hehe


Cara Merawat Bruxism/Gesel Gigi


Ada orang yang tiada masalah dengan bruxism. Yang menjadi masalah jika ada rasa sakit pada rahang dan gangguan ketika tidur. Antara cara-cara merawat Bruxism :


- menggunakan "mouth guard" ketika tidur. Boleh jumpa doktor atau farmasi untuk dapatkan mouth guard.

- rawatan psikologi 

Ada banyak lagi, korang boleh check link di bawah ni ye :





So, ada antara korang yang hadapi masalah ni? apa solution korang? Boleh share di komen bawah okay :)



Others Post




3 comments:

  1. alamak.. mama ada ke tak ye tabiat ni.. hihi mama pn xtau. nak kena tanya ayah syapi ni

    ReplyDelete
  2. salam kenalan iday... jumpa dekat the blogger dinner hari tu...tahniah ye..
    Liez ada lah seorang penghidap Brusixm... sejak dari sekolah lagi.. sekarang masih lagi tapi bukan setiap malam..
    Mak ayah xde pulak suruh buat apa2... maybe diaorg tahu Liez memang penah kerja siang hari... tp sekarang tgh malam bila tersedar dari tido boleh rasa gigi duk bergesel... adik beradik pak mak seudara duk panggil Liez cengkerik sbb bunyi tu...hihihi

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive