Koleksi Kasut Raya Bata 2018 - Puas Hati Dapat Shopping!


Hi Korang!

Macam mana dengan persiapan raya korang? Dah mula shopping ke? Sebenarnya lagi elok kalau korang shopping awal-awal, sebab lagi banyak pilihan dan banyak promosi. Hehe


So, setiap tahun Iday akan shopping awal-awal especially kalau beli kasut untuk raya. Hehe


Seperti tahun-tahun yang lepas, Iday akan pilih kasut jenama Bata. Wei, ini jenama paling selesa kalau kau nak buat berjalan ke 40 biji rumah jiran kiri kanan belakang depan. Hahaha



Sempena menyambut Aidilfitri 2018 ni, Bata memang akan keluarkan Koleksi Kasut Raya Ekslusif Bata 2018. Iday antara orang yang tak sabar nak tengok semua koleksi Bata. Gigih pergi check website Bata Malaysia dan social media diorang taw. Hehehe


Promosi Istimewa Aidilfitri - Bata Malaysia


Ini yang Iday nak share dekat korang! Sekarang Bata Malaysia ada buat promosi dimana kalau korang shopping melebihi RM99,  korang akan dapat voucher RM25! 



Atau korang shopping melebihi RM149,  korang akan dapat voucher RM25 bersama 1 Marie Claire Wristlet! 


Terma Dan Syarat :
Isu baucar : 8 Mei - 17 Jun 2018
Tempoh penebusan baucar :  8 Mei - 24 Jun 2018
Baucar diskaun RM25 boleh digunakan untuk pembelian minima RM75
*sementara stok masih ada


Lepas tahu je promosi ni, terus ajak Islam pergi outlet Bata yang terdekat dengan rumah kitorang. Hehehe 


Iday pilih outlet dekat Alamanda sebab outletnya sangat besar dan dekat dengan rumah. 





Koleksi Hari Raya 2018 Bata Malaysia - Wanita


Rambang mata sebenarnya bila nak pilih kasut raya dekat sini. Banyak pilihan dan harga berbaloi dengan kualiti. 


Tahun lepas Iday ada beli sandal Bata, sampai ke hari ini masih elok. Kualiti kasut di Bata memang takkan dapat dipertikaikan lagi.


Ini antara koleksi kasut raya yang ada di outlet Bata, memang ada pelbagai jenis design. Dari tiada tapak sampai la kasut yang ada heels tinggi. 









Cantiknya yang warna merah ni. Yang penting tak tinggi sangat. Hehehe







Kasut sandal yang simple tetapi cantik.






Pilihan kasut jenis "wedges" pon ada dekat sini. 






Banyak-banyak koleksi raya bata 2018 ni, yang paling Iday suka yang ini. Lawa betul! Siap ada batu kecil dekat tepi tu.



Iday ada cuba jugak, tapi Iday cuba warna hitam. 





Islam cakap cantik kalau pakai dengan baju kurung atau baju kebaya. Lagipon warna hitam ni sesuai dengan apa-apa warna baju raya. So, Iday pilih kasut yang ini. Hehehe

Bila pakai memang rasa stabil, sebab jahitan dan kualiti memang terbaik. Iday sengaja jenis heel macam ni supaya senang nak jalan-jalan raya nanti. Tak jatuh. Hahaha


Lepas pilih kasut untuk Iday, now nak kena cari kasut untuk suami Iday pula. Islam nak kasut raya yang selesa tetapi still nampak kemas. So, Iday cadangkan dia pilih sandal. Tapi dia nak yang bertutup. Macam-macam hahaha


So, jom tengok Bata Raya Collections 2018 untuk lelaki pula. 


Koleksi Hari Raya 2018 Bata Malaysia - Lelaki


Pelbagai jenis design ada, dari  jenis sandal, casual, kasut sukan dan outdoor. Warna pon banyak yang menarik. 


Patutlah Perdana Menteri kita, Tun Mahathir pon pilih sandal jenama Bata. Selain nampak cantik, kualiti pon terjamin.









Iday berkenan sangat yang ini. Islam pon tak pernah lagi ada kasut warna ni. Tapi sayangnya saiz Islam takde. 

Tengok, korang kena cepat-cepat datang shopping dekat Bata ni. Nanti dah habis stock, baru menyesal. Hehehe







Akhirnya Islam dah jumpa kasut yang dia nak. Mula-mula dia cuba sandal, tapi taknak sebab bahagian depan kaki tak tutup. Takut tersepak batu katanya. 




Pastu pening balik sebab, suka design sandal tu.




Macam-macam, siapa cakap perempuan complicated? lelaki pon sama. Hahaha



Akhirnya dia pilih kasut yang casual ni. Tertutup di bahagian hadapan tapi jensi sandal, sarung senang. Memang cantik designnya, sesuai sangat dipakai dengan seluar biasa atau seluar baju melayu. 


Iday pon memang berkenan sangat la. Lagi lawa dari kasut lama Islam tu. Hehehe Islam cakap, design ni leather dan nampak moden.



Nampak tak jahitan kemas tu. Hehehe Islam pon suka sangat, dia cakap memang selesai sangat. Tapak dalam kasut tu lembut, senang nak sarung. 

Nanti kan nak beraya di rumah saudara-mara, takdelah susah nak pakai and cabut kasut tu. Hehehe 


So, setel pilih kasut Islam dan Iday. Yeay! 


Selain dari kasut wanita dan lelaki, kasut sneakers dan kanak-kanak pon ada ye. Kalau yang dah ada anak, boleh la check kasut-kasut dekat sini. 




Sebenarnya banyak lagi design kasut kanak-kanak yang comel, tapi kitorang kan belum ada anak. So, simpan hajat tu untuk tahun depan. Hehehehe

Promosi Ramadan 10-Days Special tu dah tamat 31 Mei, tapi takpe. Korang boleh dapatkan diskaun baucar RM25 kalau shopping melebihi RM99. Kalau nak free gift, kena shopping melebihi RM149.


Islam belanja kasut raya. Yeay! Hehehe Nanti kita datang Bata lagi sebab nak guna baucar RM25 and beli handbag. Hehehe



Seronok dia dapat kasut Bata :p


Memang puas hati dengan Bata Raya Collections tahun ini. Banyak pilihan design yang cantik-cantik. Harga pon tak mahal sangat dan berbaloi. Yang penting kualiti okay! Hehe

Kalau nak tahu senarai outlet Bata dekat Malaysia, korang boleh check di website Bata. Iday ada kongsikan link website dan social media diorang. 

Senang kalau korang nak check info dan tahu promosi terkini dari Bata. 

------
------






Others Post




2 comments:

  1. Sama la, shopping kat Bata jugak. Kasut kat sini pun banyak yang cantik2

    ReplyDelete
  2. memang selalu pun pegi bata aje.

    bini aje tak minat. tak tau kenapa.

    haha

    ReplyDelete

Blog Archive