Anak Pelakon Husna Mustaffa Terpilih, Pelajar 'Batch' Pertama MRSM Dungun

0


Tahniah! Anak pelakon Husna Mustaffa terpilih sebagai antara pelajar 'batch' pertama yang mendaftar masuk ke MRSM Dungun, Terengganu yang baru sahaja dibuka tahun ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Husna Mustaffa dilihat menghantar anak sulungnya, Putera Adam Harith, untuk memulakan sesi pembelajaran dan kehidupan berasrama.


Untuk rekod, MRSM Dungun ini merupakan kampus yang baru sahaja siap dibina. Jika dilihat menerusi rakaman dron oleh pengguna tt afandie2208, kawasannya sangat luas dan fasilitinya nampak cukup moden.


Memang bertuah adik Adam dapat menjadi perintis (batch pertama) yang merasa semua kemudahan serba baru di sana!


Selamat maju jaya buat Putera Adam Harith! Semoga perjalanan menuntut ilmu di MRSM Dungun dipermudahkan, cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, dan terus cemerlang.

Tahniah sekali lagi buat Husna Mustaffa sekeluarga. Bukan mudah nak lepaskan anak ke asrama, tapi inilah pengorbanan demi ilmu


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)