Food Review : Super Bowl Delight @ Sungei Wang

11

Dulu kalau nak jalan-jalan around KL, lepak-lepak dalam Sungei Wang mesti pening bila nak cari tempat makan. Lagi-lagi bila nak kedai yang cari our favourite food macam Laksa & Bihun Tom Yam (my current addiction). 

Islam pulak kalau bab makanan, dia cerewet. Sekali dia cakap tak sedap, tak sedap la. Hahaha

Bila iday tahu tentang Super Bowl Delight ada serve Laksa & makanan melayu yang lain, iday excited. Bertambah excited bila tahu diorang amalkan konsep Fast Food & Layan Diri, ala macam KFC,McDonald and semua tu. Tetapi, kualiti dan rasa makanan dititikberatkan. Makanan Melayu buat fast food, terer tu. Cepat dan Sedap! :)


Konsep dan idea Super Bowl Delight simple dan ringkas, menurut pemilik Super Bowl Delight, idea diperolehi dari melihat suasana kedai/restaurant di airport/kl sentral. Jenis susunan & dekorasi simple tapi selesa. 


Harga? 

Bagi iday, harga berpatutan dan portionnya besar. Masa kita order dekat kaunter, kita akan nampak sign harga so tak perlu nak tanya2 pelayan. Kan dah cakap macam konsep fast food. Tengok harga, pilih menu & bayar. Hehe


 Apa best?

Asam Laksa kat sini memang terbaik, iday masih terasa pekat kuah asam laksa tu. sedap sangat! Iday suka rasa mee laksa tu, lembut. Islam pon suka and plan nak datang lagi merasa Asam Laksa kat sini. 


Siapa pernah makan Mee Kari yang siap letak kerang? Iday selalu makan macam tu bila mak iday buat. Jarang-jarang iday jumpa kedai yang sediakan Mee Kari dengan kerang. Mengimbas kenangan betul makan kat sini, tetiba rindu mak. hehe.





Kat sini pon ada Nasi Lemak Rendang, Mee Udang, Mee Rebus, Bubur Ayam dan macam-macam lagi. Tapi paling best, kat sini ada my current addiction, Bihun Tomyam! Hehehe 


Eh, tu nasi lemak, yang bawah ni. Hehehe :)


So, sesiapa yang shopping around KL tu, dekat sungei wang ke, Bukit Bintang ke, jom la singgah kedai ni. Murah,Sedap & Kenyang. Hahahaha. Iday akan bagi addres kat bawah ni. 

Kat sini pon ada wifi, so korang boleh datang lepak2 dengan kawan or sambil2 buat kerja kat sini. Hehehehe :)


Super Bowl Delights (Cafe)
LG-159, Lower Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Iday bagi 5 Bintang ! :)

Kredit Gambar by Islam
Tags

Post a Comment

11Comments
  1. cantiknya gambar :) the food looks nice as well. boleh la nanti licha nak pergi dating

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. Thanksss! aah, memang sedap. nanti bawak la pergi dating. Sini ada wifi. Hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe, next time datang la. try makan sini :)

      Delete
  3. sedapnya tengok makanan tue. nyum... nyum... harga pun kira berpatutankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, fyna. iday datang lagi hari tu. Rasa tetap sama, sedap. hehehe :)

      Delete
  4. ahhhhh,kuah dia tu pekattt,sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iday suka Asam Laksa, kuah pekat and suka rasa ikan dia. hehehe Nanti jom la makan sana. hehe

      Delete
  5. OK ini bahaya... tengok entry ni pukul 2 pagi. laaapaqqqqqqqqqqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. lain kali entry makan2 ni jangan bukak tengah malam nanie. hehehe

      Delete
  6. nampak pekat jer, mee kari ni nak sedap kena pekat! baru terangkat ! hehe

    ReplyDelete
Post a Comment