credit gambar : Google
Semalam iday ada baca banyak news pasal Ringgit Malaysia jatuh, ada share gambar newspaper dari Singapore & Brunei. Iday tanya islam , apa kesan ringgit jatuh? kenapa harga minyak turun lepas subsidi dihapuskan? So macam-macam soalan dalam kepala otak ni haaaa. So, taip je la kat Google Carian tu, hehe melayu sangat. 

Agaknya, orang yang yang baca ni, mesti ingat aku malas dulu masa kelas ekonomi. aku pon dah lupa apa aku belajar dulu. Banyak main je. hehehehe :p

So, semalam lepas google, baru dapat 1 penerangan mudah tentang apa kesan jika ringgit jatuh. 

 Apabila Malaysia mengimport barang-barang keperluan dari negara luar, Malaysia akan mengeluarkan lebih wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai Ringgit yang jatuh menjunam sekarang... Dalam bahasa mudah, Malaysia membayar harga yang lebih tinggi berbanding harga asal disebabkan kejatuhan nilai Ringgit.

Kemudian,di sinilah punca kenaikan harga barang berlaku,, ia berlaku apabila pembekal yang mengimport barangan tersebut tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepasa pengguna.. so, dalam kata lain diorang akan naikkan harga barangan tersebut dan pengguna yang mendapat kesannya.

Kesimpulannya : NILAI RINGGIT JATUH > HARGA BARANG NAIK

-Sumber Facebook


Yang ni iday share sebab iday rasa ada logicnya, ke macam mana? Sesiapa yang lebih tahu boleh komen dan explain, kot-kot iday explain ni tak betul. Hehehe