Siapa sini suka tengok cerita korea??

Hehe, iday pon suka tengok cerita korea, kalau zaman belajar dulu, kaki gigih minta kawan bagi external hardisk sebab nak copy cerita korea. So, kadang-kadang dalam cerita tu ada tunjuk diorang tengah makan kan, macam terliur pulak nak makan. Hahaha

Nak jejak Korea, kena mengumpul duit travel dulu. So why not kita try makan korea yang sedia dijual dekat Malaysia ni. Hehehe

Pernah dengar Mr. Dakgalbi? Konsep kedai ni serve Korean Grilled Chicken & Teppan Fried Rice. My favourite Ramen. Dakgalbi sendiri adalah nama dishes yang popular dekat Korea tu. Dakgalbi ni ada ayam yang di marinated, kobis,kentang, chilli pepper & rice cake.


Masa mula-mula duduk, diorang hidang la kimchi, jeruk lobak putih, sup & mayo salad. Sedap Kimchi dia, licin habis kitorang makan. Hahaha



Islam punya favourite, Seewed Snack. Suka betul dia. Hehehehe



Then aku buat kelakar, pergi google la, macam mana nak masak Dakgalbi ni sebab ingat macam style steambot grill and kena masak sendiri. Hahahaha


Padahal staff kedai tu datang & tolong masakkan untuk kita, live masak depan mata. hehehe Jangan risau takkan terpercik sebab dia pakai penghadang. Hehehehe.






Masa ni aku kacau la staff tu, tanya macam-macam. Hahaha. tapi terer la diorang ni. Laju je diorang masak. Hehehe



Gaya macam orang nak belajar masak. Hehehe. 





Iday masa tu sebab baru first time makan, so order 1 set la which is Ramen Dakgalbi + Cheese Fried Rice. Padahal makan 1 hidangan tu pon dah kenyang kot. Next time nak makan 1 je, kalau tak bazir je tak habis. Sedap kot. 



















Yeayyy! dah boleh makan. Best ke?

Best okay! Lepas tu first time try Rice Cake, macam makan laksam punya mee tu. Hehehe




Sedapnya, makan pulak balut ramen and ayam tu dengan daun salad kat tepi tu. 1 kuali ni sebenarnya banyak. Makan dengan Islam pon tak habis. Padahal ni baru ramen, belum lagi Cheese Fried Rice tu. Hahaha


Time ni, balance ramen tadi diorang campur dengan Nasi and cheese. Sedap jugak! Tapi iday paling suka ramen :)






Pakcik yang amik gambar ni pon dah kenyang sangat. Hehehe. Asyik dia ambil gambar kita, meh tunjuk gambar dia pulak. Hehehe




Kenyang cik abang kita. Serius best makan kat sini. Lepas ni kalau nak makan makanan korea takyah susah-susah nak pergi jauh . Hehehehe

Yang penting halal sebab sijil halal terpampam dekat pintu kedai . Iday ada buat research pasal status halal kedai ni sebelum makan kat sini. :)

Check detail kat bawah ni. Hehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr.Dakgalbi

Outlet :



p/s : Food review ni bukan berbayar. Iday memang pergi untuk try sendiri makanan ni :)