Mamee Chef Gold Recipe - Mamee Mi Kari Seribu Rasa

2


Sedapnyaaaa! 


Iday ada dapat packaging dari Mamee hari tu untuk cuba sendiri keluaran Mamee yang baru iaitu Mamee Chef Gold Recipe - Mamee Mi Kari Seribu Rasa. Dalam kotak yang iday dapat tu ada 2 jenis Mamee iaitu Mi Kari Seribu Rasa dan Bihun Kari Seribu Rasa. So, iday dah masak and rasa sendiri Mamee Chef Gold Recipe.







Dalam setiap paket Mamee tu ada 3 jenis perencah yang korang kena guna. Yang merah tu chili paste sachet, yang putih tu seasoning powder or serbuk sup, yang silver tu pulak kreamer. 



Close up sikit perencah-perencah tu.



Mi dan Bihun mempunyai perencah yang sama.




Cara nak masak simple je, letak semua perencah then letak Mi/Bihun. Terpulang pada korang kalau nak letak telur,udang or sayur. Iday masa ni asingkan dengan udang. Maknanya udang tu iday goreng dulu sebab taknak campur rasa dengan Mamee. First time makan kan. Hehehe




Sedap! Rasa kuah pekat. Dia tak macam mi kari biasa, lain rasanya tapi sedap. Tak pedas sangat. Mamee memang terkenal dengan penyediaan Mi tarik tu. So, memang kenyal dan tak muak. Iday paling suka kalau makan Mamee, mi dia tak mudah kembang. 



Kalau korang nak taw, sebenarnya resepi Mamee Chef Gold ni dari kolobrasi bersama top selebriti iaitu Dato' Chef Ismail dengan menggunakan herba dan bahan tertentu yang menyedapkan rasa Mame Chef Gold. 



Tak sabar nak tunggu keluaran Mamee Chef Gold Recipe ni, sebab dah teringin nak makan lagi. Mana nak cari rasa Mi camtu. Hanya dari Mamee je. Hehehe



Kalau korang nak taw update dari Mamee, boleh follow facebook diorang. Mamee ni pon selalu buat contest , korang boleh join sebab hadiah yang ditawarkan sangat best! Hehehe
Check link facebook dibawah :




Tags

Post a Comment

2Comments
Post a Comment