Movie Review : Kingsman [Full Review]

7



spoiler alert
First time tengok movie dengan Islam, tak bercakap. dari start movie sampai habis tayangan. Biasanya bila movie lain, ada part yang bosan, iday akan cakap la, movie ni camni camni, movie ni camtu, tapi slow2 la tak ganggu oranng. Hehehehe. 



Kingsman antara movie yang takde satu part bosan dari awal cerita sampai akhir.

Kingsman juga movie yang iday tak plan nak tengok sebab tak pernah aware tentang movie ni, maksudnya tiada publisiti meluas, or aku terlepas pandang?Hahaha

Kingsman juga satu-satunya movie yang iday tak tengok trailer.
Kingsman movie yang iday tengok sebab dorongan kawan-kawan iday and kawan-kawan islam. Yela, bila tanya diorang, mesti diorang cakap :

"Best gila, patut tengok"

"Aku nak tengok lagi"

"Memang berbaloi and the best movie la tahun ni"

So, memang kena tengok sendiri la kan?

Sebelum tu, tengok trailer bawah dan sinopsis :





Filem yang diadaptasi dari komik karya Mark Millar, "Kingsman: The Secret Service" mengisahkan tentang agen rahsia, Harry, yang memilih Eggsy untuk dilatih menjadi agen rahsia di Kingsman. 


Sikap Eggsy mula berubah setelah menjalani program latihan sebagai agen rahsia di 'Kingsman'. Pada masa itu,Kingsman berhadapan dengan musuh yang sangat merbahaya dan sangat pakar dalam bidang teknologi, Richmond Valentine. Valentine mempunyai rancangan jahat untuk membunuh semua manusia di seluruh dunia denganmemberi simkad percuma.


Review iday?

Over tak kalau nak cakap, the best movie yang iday pernah tengok selama ni. Iday jangkakan cerita macam bosan, cerita pasal ejen2 perisik, lebih kurang macam James Bond and like other typical movie yang kononnya nak selamatkan dunia. Hahaha

Tapi serius cerita Kingsman lain dari lain. I loved every second of this movie. I have that feeling yang bila dah habis movie, iday diam. macam brain ni still takle terima yang iday tengok movie yang gila best. Hahahaha So, iday pon buatla discussion dengan Islam tentang movie ni. Sebab, antara iday and Islam, dia yang paling seronok sampai plan nak tengok lagi. 

Scene paling best?

Islam : Eggsy menyamar jadi Arthur and pakai suit. Handsome (pelik pulak, bila dia cakap lelaki lain handsome, Hahaha) - Islam banyak kali lakonkan watak tu, sampai dia cakap dia nak pakai suit. hehehe

Iday : Iday paling suka part implan yang buat kepala meletup. Haha, semua kepala meletup tapi diorang takde la tunjuk betul2 kepala, diorang buat letupan yang bentuk macam mushroom tu, siap berwarna2. Bagi iday, memang sangat kreatif dengan background music lagu . Hahahaha Part yang Eggsy lawan dengan Gazelle pon terbaik, diiringi music disco okay. Hahahah

Part bar fight pon terbaik. Oh my, semua terbaik la. Hahahaha. ni clip yang bar fight tu. Ayat Harry before scene tu : 


Manners maketh man. Do you know what that means? Then let me teach you a lesson.





Watak paling best?

Iday and Islam suka watak  Harry Hart/Galahad. Iday start suka dia dari movie Bridget Jones. Dalam watak tu, cara dia fight and cakap memang smart and gentleman habis la. 





Islam suka Eggsy jugak, dia cakap Eggsy Hensem. Hahaha




Scene yang tak dijangka?

Islam : Arthur berpaling tadah and cuba bunuh Eggsy. Padahal dia ketua Kingsman, tapi disebabkan dia terpengaruh dengan kata-kata Valentine.

Iday : Mestilah part Harry Hart/Galahad mati. Serius macam terkejut, sampai sekarang tak boleh terima watak dia dimatikan. Putus nafas kejap, and Iday almost nak nangis. Hahaha


Ida rasa semua ada dalam Kingsman, scene kejar2 kereta polis, scene gaduh yang smart gila, ada kelakar2, ada part sedih, ada part terkejut and banyak la. Iday tak jangka yang iday akan suka movie ni sebab iday rasa movie ni terbaik dari movie yang iday pernah tengok sebelum ni. 

Rating : 9.9/10 - kurang 0.01 sebab Harry mati. Hahahaha


p/s : Kanak-kanak bawah 16 tahun jangan la bawak tengok, ada unsur2 violence. yang pernah tengok and datang tengok buat kali ke 2 or ke 3, sila tutup mulut. jangan sibuk nak cakap dialog, mentang-mentang kau dah tengok 10 kali. 

Post a Comment

7Comments
  1. Ala ramai sangat orang kata best , tapi diri ini tetap tak sempat nak pergi tengok. Zedih ! T_T

    ReplyDelete
  2. mcm best sangat je movie nie... nak g tengok jugak.. lama dah x tgk wayang.. ekekekeee

    ReplyDelete
  3. favourite movie untuk 2015 setakat ini haha
    memang best :D

    ReplyDelete
  4. akan download nanti.. hehehhee :D
    Shad kaki download je, tak Penah g wayang.. :D

    ReplyDelete
  5. haishhhh..dri dpt tiket nuffnang aritu..tp xdpt pegi..smpi la skg ni..xdpt3 tgk lg..stres beno bile org kt cite ni best.

    ReplyDelete
  6. dah tengok.memang best , harap ada yg kedua sebab filem camni biasanya akan ada sequel,

    ReplyDelete
Post a Comment